28.9.09

SURAT DARI AIN

Surat dari Ain

Ain kirim surat
Katanya aku rindu
Kepadamu wahai abahku
Lewat 10 tahun
Wajahmu Ain
Tak terlihat dimataku
Lewat 10 tahun
Suaramu Ain
Tak terdengar ditelingaku
Surat dari Ain
Katanya senyumlah
Wahai abahku
Kerna senyumanku itu
Akan terbang melayang
Menemuimu di sana
Menemanimu di sana
Hilangkan rindu kita
Surat dari Ain anakku
Aku baca di alam mimpiku

Raduan
Shamelin Perkasa
25.9.2009

4 comments:

roslaini saad said...

puisi ini mengusik kalbu...saya terasa kerinduan dan kehilangan yang teramat sangat...

R@duan said...

cikgu...bersabarlah!. puisi ni imaginasi sahaja...

R@duan said...
This comment has been removed by the author.
R@duan said...

Kebelakangan ni saya jatuh cinta pula dengan alam sastera. Di Akademi Pengajian Melayu UM ni ramai sasterawan...hi hi hi