2.11.09

BELUM...& AMIRUL FAKIR...



Entah kenapa tak pasal-pasal, hati ini selalu teringat-ingat Belum. Bila tengok album lama, rupa-rupanya kawan aku penyair dan penulis ada sama dalam ekspedisi tahun 2005 itu. Kami menginap dalam khemah yang sama sepanjang 3 hari di sana. Khabarnya beliau sekarang menderita sakit, aku pun tak dapat berita sebenar sakit apa dan bagaimana keadaannya sekarang. Kawan-kawan di Ipoh akan buat kutipan amal TAF Tabung Amirul Fakir untuk menampung keperluan rawatan dan sara hidup pada 14 Nov 2009 di YKP. Pelbagai aktiviti di rancang terutama dari sudut sastera dan seni. Ya golongan ini halus jiwanya. Lantas itu terus berjuang membantu rakan-rakan yang sengsara dengan cara sendiri. Semoga semua berjaya.


baca lagi.....


Sabtu, 14 November 2009, Rumah YKP3.00 – 6.00 petangKami akan membuat jualan ‘bundle’ (buku, pakaian, segala macam item) di samping memutar beberapa filem pendek / seni video dan bertemu dengan khalayak yang ingin berbicara dan berinteraksi dengan kami mengenai seni atau apa saja.8.30 -10.30 malamPada malamnya saudara Meor Yusuf Azidin aka Meor Folk diundang khas untuk sesi promosi buku beliau ‘Sembang Tepi Jalan’ dan mungkin berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup beliau sebagai pemuzik jalanan. Beliau seterusnya akan melancarkan Tabung Amirul Fakir (TAF). Acara persembahan dan bacaan puisi akan turut dijalankan untuk mengumpul dana bagi tabung tersebut.*TAF merupakan inisiatif para seniman khususnya teman-teman kepada Amirul Fakir, seorang penyair/penulis tempatan yang sedang membina nama sejak tiga tahun kebelakangan ini. Setelah pelancaran antologi cerpen sulungnya yang bertajuk MEA CULPA pada April 2008, beliau ditimpa penyakit yang tidak dapat dikesan puncanya. Sudah lebih satu setengah tahun beliau tidak dapat bergiat dan mencari rezeki. Justeru itu, sebagai sebuah komuniti seni yang prihatin, TAF ini dilancarkan untuk menghimpun wang bagi membantu mengurangkan beban kos perubatan dan sarahidup Amirul Fakir. Semoga usaha kita sedikit sebanyak turut memberi semangat kepada beliau untuk tidak terus menyerah kalah.Saya memohon bantuan rakan-rakan untuk menjayakan acara ini seadanya. Bantuan dari segi kewangan, sumbangan persembahan, pinjaman PA system, projektor, kudapan, desain flyer dan promosi dan apa-apa yang difikirkan perlu amatlah dialu-alukan. Semoga Tuhan memberkati. InsyaAllah.


3 comments:

Pencinta Pantai Bersih said...

Yop, YKP tu dimana?

R@duan said...

ipoh

Pencinta Pantai Bersih said...

Laa. Bagilah alamat penuh, kot2 boleh pg nanti...amirul fakir tu juga teman karib kepada seorang sahabat awok.