1.11.09

SEPETANG BERSAMA ISSAREZAL ISMAIL

Khamis lepas 29 Okt 2009, Buat pertama kali, aku sempat berjumpa dengan Pelukis muda Issarezal Ismail di Pasar Seni. Beliau baru pulang dari Bandung Indonesia. Di sana beliau menyambung pelajaran diperingkat PHD. Katanya mungkin setahun dua nanti habislah penyelidikannnya dalam bidang 'kesenian generasi muda'. Aku dapati anak muda ini begitu bersemangat dan teruja dengan bidang yang diambilnya ini. Banyak perkara dibincang walaupun pertemuan sekejap sahaja, sekitar 2-3 jam. Beliau menceritakan pengalaman menuntut di Indonesia, kadangkala kami membandingkan metodologi pendidikan antara Malaysia dan Indonesia. Aku pula ambil kesempatan untuk menceritakan perihal penyelidikan yang sedang aku lakukan iaitu 'senario graffiti' di Malaysia. Kajian kami hampir sama, iaitu berkenaan satu bentuk kesenian di kalangan generasi muda yang terdedah dengan maklumat global, cepat dan pantas. Di dalam perbincangan itu, banyak titik pertemuan dan persamaan di dalam dapatan-dapatan antara kami berdua. Aku juga sempat membawa beliau melawati lokasi graffiti yang popular di Kuala Lumpuri iaitu di Sg. Klang/Pasar Seni/LRT dan Jalan Jelatek. Di sini Graffiti Piece yang dihasilkan oleh pengkarya mempunyai nilai ekspresi dan kualiti estetika tersendiri....

No comments: