31.12.09

1.1. ( SATU HARI BULAN SATU )

1.1 , ialah hari teman dilahirkan kedunia ini. Terima kasih diucapkan kepada emak teman yang berhempas pulas mengandung dan melahirkan teman ke dunia ini. Susah seorang ibu mengandung, melahir, membesarkan seorang anak bukanlah kesusahan yang sedikit. Terlalu banyak pengorbanan dilakukan. Semoga Allah balas segala pengorbanan 'Mak Encik, Cik Yah, Mak Yah, Sakyah, Sakiah, Sakaiah, Yah' (gelaran mak teman) dengan rahmatNya. Amin!

29.12.09

GRAFFITI STENSIL

Stensil ialah salah satu kaedah menghasilkan graffiti. Jalan ini lebih mudah dan boleh menghasilkan graffiti dalam jumlah yang banyak. Langkah pertama, kenalpasti apa idea yang hendak di'graffiti'kan . Kemudian cari gambar-gambar atau tulisan yang bersesuaian. Kalau kamu boleh melukis, itu bonus untuk dapatkan tulisan atau karektor yang kamu suka. Ikut suka kamu. Lepas itu kamu potong tembus bahagian yang hendak di spray. Guna cat air pun boleh, tapi leceh sikit. Takkan tak ingat masa darjah 1 dulu pakai span dan cat air untuk buat ni!. Setelah siap, kamu boleh cari tempat yang sesuai untuk pamer dan kongsi hasil karya kamu itu dengan orang lain. Kalau dapat tempat yang ramai orang itu lebih baik. Lekatkan di dinding, dan spray ditempat yang di potong tembus tadi. Nah sekarang graffiti kamu telah siap. Mudah bukan?. Maknanya mesej (kalau ada...) yang kamu hendak sampaikan akan dilihat dengan jelas. Kalau kamu tak berani, kamu buat kat dalam jamban rumah kamu sahaja. Dengan graffiti kamu dapat menerbitkan karya kamu secara percuma tanpa apa-apa cas. Kalau kamu hantar karya kamu ke mana-mana majalah, belum tentu karya kamu itu akan disiarkan. Sori la !kalau ada unsur-unsur kritikan melampau, jangan harap!.

Bagi graffiti di atas , isu semasa ' penjualan enjin jet F-5E' secara haram menjadi topik utama. Idea datang secara tiba-tiba apabila rasa amarah dalam hati sudah tidak tertahan lagi. Marah kepada orang yang diberi amanah, mengkhianati sumpah setia sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan menjaga negara. Ini manusia paling setan dalam dunia!. Rasa amarah begini tidak boleh di simpan di dalam hati, kelak akan mengundang masalah lain seperti penyakit jiwa, kemurungan, sedih berpanjangan dan sebagainya. Ia harus dikeluarkan melalui saluran tertentu samada tulisan, berbual-bual,, melukis, menjerit sekuat hati dalam kereta yang berkunci rapat, atau alihkan kepada isu lain seperti pergi berkelah, mandi laut, main jetski, motorcross, memancing dan sebagainya. Jalan terbaik banyakkan zikrullah.

Berbalik kepada graffiti, ia juga satu jalan atau kaedah terapi jiwa. Anda setuju ? Kalau tak setuju , sila tulis apa yang anda tak setuju itu di bawah. Jangan disimpan di dalam hati. Kelak diri anda merana sendiri!

27.12.09

AHLI BARU TEMAN...


Ini ahli baru teman. Beliau menyertai famili teman kira-kira 3 minggu lalu. Teman jemput beliau di rumah Cikgu Jakpor, Beluru, Kuala Kangsar dengan bantuan pakar scrambler Sayong Encik Tok E. Namanya BKZ. Bunyi meraungnya boleh tahan. Tingginya pun teman berkenan, kalau di KL ni, taklah jamm dalam banjir bila hujan lebat. Beliau akan teman tugaskan untuk membawa teman kemana-mana saja teman suka. ISA ...'ikut suka aku' le!.

25.12.09

AJENYER NGAMPUT WAK BETOI !

1 Malaysia terjejut . Terkejut 1 Malaysia. Malaysia 1 terkejut. Malaysia terkejut 1. Ajernyer ngamput wak betoi!

20.12.09

PELANCARAN UREKA, SEKOLAH BUDAYA RAKYAT

Bismillah.......
dikunjungi oleh bonzer Kuale....
Stencil....
Pylox spray ni boleh juga digunakan untuk baling anjing. Banyak anjing di KL sudah tak berani mengacau pengkarya graffiti setelah dibaling dengan spray ini.....

Pelancaran UREKA Oleh saudara Pyanhabib
19. 12.2009
Kuala Kangsar

* Kepada Pn PPB (dari Penang) yang metor mencari Ureka berjam-jam (tapi tak jumpa), kami minta maaf banyak-banyak. Tempat tu baru dan agak tersembunyi sikit. Saya sendiri pun pada awalnya sesat juga.

19.12.09

5 JAM SEBELUM TEMBANG DI KUALE...

Mereka mengenakan t-shirt bewarna hitam tanda support (sokong) konsep "putih, kuning, hitam" graffiti sekolah budaya rakyat....(agaknya laa....!!)
Putih, kuning, hitam ialah: AGAMA , PEMIMPIN, YANG DIPIMPIN

16.12.09

MOH KE KUALE KITE....YOP !!

Ate, mak sedara teman, bapak sedara...tok led, pokcu, pakwe dan semua orang-orang kampung teman yang nak nengok teman nyembor cat spray kat dindin...datang le ke Kuale Sabtu nii....bukan teman je, ramei lagi yang buat macam-macam persembahan....ish datang je !! Kome tengok kat acara tu...atas !!

15.12.09

TERSENARAI DALAM TOP 30

Karya ini tersenarai dalam 'top 30' pertandingan http://seniuntukaids.blogspot.com/. Di buat secara mudah tanpa memerlukan pemikiran yang kuat. Niat asal ialah untuk bantu menjayakan program, bukan untuk hadiah. Teringat semasa bertugas dengan Kementerian Kesihatan suatu masa dahulu....susah untuk dapatkan audien/orang ramai bila buat sesuatu program kesihatan. Nah ! sekarang saya sudah bantu satu program kesihatan dalam negara kita. Tahniah untuk saya dan keluarga saya.
( Patutnya karya ni dapat no 1...kadangkala hati berbisik yang luar biasa lalu kawan-kawan lain cemburu yang amat sangat, terutama Abdullah Jones hi hi hi ...)

13.12.09

JENUH MEMIKIOR.....

...pikior projek graffiti Tembang di Kuale....
....pada 19 Disember 2009 nanti....
....sempena pelancaran SEKOLAH BUDAYA RAKYAT....
...oleh Pynhabib....