29.12.09

GRAFFITI STENSIL

Stensil ialah salah satu kaedah menghasilkan graffiti. Jalan ini lebih mudah dan boleh menghasilkan graffiti dalam jumlah yang banyak. Langkah pertama, kenalpasti apa idea yang hendak di'graffiti'kan . Kemudian cari gambar-gambar atau tulisan yang bersesuaian. Kalau kamu boleh melukis, itu bonus untuk dapatkan tulisan atau karektor yang kamu suka. Ikut suka kamu. Lepas itu kamu potong tembus bahagian yang hendak di spray. Guna cat air pun boleh, tapi leceh sikit. Takkan tak ingat masa darjah 1 dulu pakai span dan cat air untuk buat ni!. Setelah siap, kamu boleh cari tempat yang sesuai untuk pamer dan kongsi hasil karya kamu itu dengan orang lain. Kalau dapat tempat yang ramai orang itu lebih baik. Lekatkan di dinding, dan spray ditempat yang di potong tembus tadi. Nah sekarang graffiti kamu telah siap. Mudah bukan?. Maknanya mesej (kalau ada...) yang kamu hendak sampaikan akan dilihat dengan jelas. Kalau kamu tak berani, kamu buat kat dalam jamban rumah kamu sahaja. Dengan graffiti kamu dapat menerbitkan karya kamu secara percuma tanpa apa-apa cas. Kalau kamu hantar karya kamu ke mana-mana majalah, belum tentu karya kamu itu akan disiarkan. Sori la !kalau ada unsur-unsur kritikan melampau, jangan harap!.

Bagi graffiti di atas , isu semasa ' penjualan enjin jet F-5E' secara haram menjadi topik utama. Idea datang secara tiba-tiba apabila rasa amarah dalam hati sudah tidak tertahan lagi. Marah kepada orang yang diberi amanah, mengkhianati sumpah setia sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan menjaga negara. Ini manusia paling setan dalam dunia!. Rasa amarah begini tidak boleh di simpan di dalam hati, kelak akan mengundang masalah lain seperti penyakit jiwa, kemurungan, sedih berpanjangan dan sebagainya. Ia harus dikeluarkan melalui saluran tertentu samada tulisan, berbual-bual,, melukis, menjerit sekuat hati dalam kereta yang berkunci rapat, atau alihkan kepada isu lain seperti pergi berkelah, mandi laut, main jetski, motorcross, memancing dan sebagainya. Jalan terbaik banyakkan zikrullah.

Berbalik kepada graffiti, ia juga satu jalan atau kaedah terapi jiwa. Anda setuju ? Kalau tak setuju , sila tulis apa yang anda tak setuju itu di bawah. Jangan disimpan di dalam hati. Kelak diri anda merana sendiri!

No comments: