21.12.10

SEMAKIN LAMA SEMAKIN PONDAN

Imrandin (bukan nama sebenar), adalah kawan aku masa sekolah menengah, tingkatan 1 hingga 3. Beliau sederhana sahaja. Kulitnya hitam. Berbadan sasa. Agak cemerlang dalam pelajaran. Pengawas. Yang tertonjol kebolehan beliau ialah dalam acara sukan. Beliau pelari pecut, boleh menang dalam acara 100 meter, 200 meter dan sebagainya. Juga boleh bermain bolasepak dengan hebat. Oleh kerana aktif bersukan, beliau dikurniakan badan sasa dan berketul-ketul.
Namun setelah beberapa tahun berpisah, aku dengar dari kawan-kawan beliau sudah bertukar menjadi agak lembut. Itu sekitar 10 - 15 tahun dahulu. Memanglah aku tercengang sebab tak percaya. Dengar cerita lagi semakin lama semakin kuat pondannya. Mengenakan pakaian perempuan, bergincu berbedak dan perfium harum. Arhghh...ini fantastik! Aku tak pernah jumpa beliau kerana selepas berpisah tahun 1983 hingga 2010 (27 tahun) tak pernah sekali terjumpa Imrandin. Agaknya mungkin dah terjumpa dimana-mana tapi sebab dah tukar jadi perempuan maka aku tak kenal..kah kah kah. Jenis ni (bekas ahli sukan) kalau dia keluarkan aura jantannya mau terberak budak kecil.
Aku agak pelik fenomena ini. Bagaimana secara tiba-tiba perasaan untuk bertukar itu datang. Ikut pulak perasaan tu, maka terjadi apa yang dah terjadi. Imrandin, kini kita semakin tua. Mungkin sudah keluar kedut-kedut di mana-mana bahagian badan. Kulit pun mungkin sudah menjadi kasar. Rambut semakin putih. Tiada pilihan lain melainkan menerima kita sekarang sudah tua. Tua itu bukan sekadar kita berbangga dengan pengalaman hidup tetapi yang tepatnya masa untuk kita tinggalkan dunia ini semakin hampir.
Tulisan ini tercetus selepas aku melihat youtube seorang manusia Melayu bernama Azwan Ismail (bukan Azwan Ali) dengan beraninya mengaku yang dia adalah gay, katanya "saya gay, saya ok!" Astaghfirullah hal aziiim! mengucap dik! dunia dah nak kiamat sangat dah ni dik!! Aktiviti kumpulan gay Malaysia berselindung di balik program Seksualiti Merdeka. Alahai Azwan Ismail, memanglah sekarang kamu kata kamu ok!, kawan-kawan kamu kata ok! Tapi nak tahu 'ok' ke 'ko' dalam kubur, alam barzakh, titian sirat, padang mahsyar, syurga atau neraka....nanti kat sana baru tahu 'ok' atau 'ko'. Kalau kamu baca ni, elok sangatlah. Sekurang-kurangnya aku dah pesan. Pesan berpesan tu kan kerja orang Islam yang beriman! Teringat pula aku kat mak bapak kau. Apa perasaan mereka agaknya. Kalau mereka benar-benar Islam takkan sekadar seronok dengar pengakuan kau tu?. Kesian aku kat mereka !

9.12.10

BERSAMA MUNIF BERGRAFITI DI SG KLANG

Kawasan Pembebasan Minda

MUNIF TU ARTIS SERBA BOLEH. POTRET, LANSKAP, ABSTRAK, MACAM-MACAM DIA BOLEH. MINGGU LEPAS 4 DIS 2010 DIA TRY GRAFFITI PULAK. HABIS SG KLANG JADI MANGSA. SEMPENA KUL-SIGN + MOS (MEETING OF STYLES). BENGKOK BADAN DIBUATNYA.
TERIMA KASIH KUKUBESI & HAFIZUL MAHPUT KERANA GAMBAR YANG HEBAT INI.

18.11.10

JASAMU DIKENANG : DATO' ABDUL RAHMAN HAMID

Bulan depan, Disember 2010 adalah bulan terakhir beliau bertugas di Jabatan Penyiaran Malaysia. Selamat berpencen dan semoga berbahagia diucapkan kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia. Sebagai cenderahati, Perkhidmatan Set, Unit Reka Bentuk menghadiahkan sebuah potret lakaran pensil sempena persaraan beliau. Terimalah seadanya.
Kelip kelip sikunang-kunang
Terang cahayanya mencuit hati
Jasa tuan tetap dikenang
Hingga akhir hayat nanti

28.10.10

PERAK DARUL RIDZUAN ADALAH NEGERI YANG MASIH BELUM MAMPU MEWUJUDKAN BALAI SENI LUKISNYA SENDIRI.


DENGAN INI KAWAN MELANTIK ABDULLAH JONES UNTUK MENJAWAT JAWATAN MENTERI BESAR PERAK, SUPAYA TERTUNAI HASRAT PEMINAT DAN PENGGIAT SENI LUKIS PERAK AGAR MENGADAKAN SEBUAH GALERI SENI LUKISNYA SENDIRI. KALAU TIDAK PUN JADI EXCO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PUN KIRA OKEY DAH! BELIAU BANYAK IDEA / "AIR DIA". 'PEMAIN' IMPORT DARI PAHANG INI DIRASAKAN BOLEH MEMBANTU PARA PEMIMPIN DARI NEGERI BIJIH TIMAH YANG TERLALU KONTANG SENI. ITU PUN KALAU BELIAU NAK, KALAU BELIAU TAK NAK KAWAN TAK BOLEH BUEK APA-APA.



* KOI NAK JADI MENTERI BESAR KAT BULAN. DOBLAS TAHUN LAGI KOI NAK JADI PERDANA MENTERI PLANET ZUHAL.

16.10.10

MISTERI KAMPUNG BELUM


Kampung Belum, Grik sudah tenggelam lama sejak pembinaan empangan di Hulu Perak suatu masa dulu. Semasa menaiki bot menyertai ekspedisi seni anjuran APDR , Perbadanan Taman Negara Perak dan Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2005, aku diberitahu oleh pemandu pelancong " Di bawah ni (dasar tasek) ada Kampung (Kampung Belum)...di sini kedudukan masjidnya...."(masjid dalam air?!!!) . Aku pun terdiam, sebab tergamam, aku bayangkannya. Beliau memberi info, aku melantunkannya semula dalam bentuk visual. Sudah tentu setiap orang lain visualnya yang tergambar. Ini yang aku gambarkan (lukisan di atas).

Seringkali apabila ada kelapangan aku menjengah lukisan-lukisan samada yang terdapat di studioku atau mana-mana galeri yang banyak di KL ni serta laman web seni visual, aku akan teringatkan lukisan aku ini yang tak siap-siap sejak tahun 2005. Gambaran yang aku 'cipta'kan sejak 'tergamam' diberitakan ' ...di sini kedudukan masjidnya" sering berputar-putar dan berputar putar ligat ingin dijelmakan sebaik mungkin ke kanvas. Kadangkala imajinasi terlampau pun memainkan peranan...makhluk dasar tasek Belum berkumpul dalam masjid sambil bersolat , berzikir, taqlim wal taqlum, khidmat, ibadat dakwah dan sebagainya...aaahhh! Surrealism !!! Aaah adoi sakit otak aku kerana 'dibawa melawat, berenang renang ke dasar tasek , masuk ke Kampung Belum dan singgah bersolat di Masjidnya...aaaaaaahhhh!!! """ Toloooooooooooooonnngggggggg !!! Aku dah letih nak 'berenang-renang', Aku dah penat 'terbang' ke hulu ke hilir naik dan turun di dasar tasek Belum.

Sekarang lukisan 2'x2' ini dah pun siap, di pamerkan dalam Pameran HIMPUN, Peti Seni BSLN (Akim), mula 16 Okt 2010 hingga 30 Okt 2010...Aku nak lelong dengan harga murah. Aku dah tak tahan.

15.10.10

KL / IPOH ,IPOH / KL, KL/IPOH....

Sekarang dah ada train ekspress ke Ipoh weh! Laju yop. Tak sampai 2 jam . Bak kata bebudak punk tak dan hilang bau kentut dah sampai! Ate ngulang alik KL /Ipoh le....
Tiap minggu boleh pergi LOKEN

12.10.10

SEJAM BERSAMA SHAMSUL BAHARIN

Orang Ipoh yang terlibat dengan seni visual/ seni lukis kalau tak kenal Shamsul Baharin, sila pindah ke tempat lain. Cikgu-cikgu Pendidikan Seni sekitar Ipoh, kalau tak pernah dengar nama Shamsul Bahrin mohonlah tukar mengajar mata pelajaran lain seperti sains Sukan atau Geografi. Adalah menjadi kesalahan yang tak terperi jika ada insan seni (seni lukis) di merata ceruk Perak jika tidak mengetahui kewujudan Shamsul Baharin. Beliau ialah seorang pelukis tegar merangkap Pegawai di Jabatan Pelajaran Perak.
Shamsul Baharin dalam studio di Ipoh

Tadi, aku baru berjumpa ( sebenarnya terjumpa) beliau ketika dia sedang mengeteh (nyangat) di sebuah kedai kopi di Kotaraya Ipoh bandar Bugeinvilla (sekarang dah tak berapa ada pokok ni di Ipoh, agaknya bini Datuk Bandarnya tak berapa minat pokok bunga jenis ini) . Dalam pertemuan sejam itu aku dan dia bersembang pada graf 8, 9 dan 10 (maksimum) tentang perkembangan seni lukis beliau. Cuma sesekali menyelit kisah rumahtangga. Kisah rumahtangga merupakan 'iklan' dalam perbualan antara insan seni. Macam garam dalam makanan. Tak bergaram tak sedap. Sejam pertemuan itu aku dapat banyak maklumat berguna.
Persiapan untuk Ribbon of Life di Ipoh dan solo di Kuala Lumpur

Pada hujung bulan ini, Shamsul Baharin bersama pelukis DZulkarnain, Amiruddin Daud, Azizul Rabu, Mizal dan seorang pelukis dari Filipina akan mengadakan pameran berjudul Ribbon Of Life di Hospital Pantai Puteri anjuran Heritage Villa. Aku sempat di bawa oleh Shamsul ke rumahnya untuk melihat karya-karya beliau. Sungguh kaget aku apabila mendapati banyak karya yang sudah siap untuk dipamer dan dijual. Karya impasto bahantara cat minyaknya mengenengahkan bangunan lama sebagai bahan sejarah untuk dijadikan subjek matter lukisannya. Perkembangan terbaru beliau ini, melihatkan gaya sapuan pisau dan warna yang kasar dan keras adalah seiring dengan kisah perubahan dalam diri beliau dan kisah disekeliling nya yang secara langsung membawa karya beliau terjelma dalam bentuk yang demikian. Apakah kisah yang beliau alami dalam beberapa tahun kebelakangan ini? Jika anda menilai dan mengkaji seni yang ditampakkan oleh Shamsul, maka sedikit sebanyak anda akan dapat menduga kisah suka duka beliau selama beberapa tahun ini. Seolah olah ada perkara yang beliau ingin ceritakan kepada rakan-rakan lantaran tak tertahan menanggung rasa seorang diri, manakala tampalan-tampalan impasto yang tebal membuktikan ada pula beberapa perkara yang tidak harus diceritakan malah kepada rakan-rakan terdekat sekalipun. Tampalan keras yang di ulang-ulang menggambarkan ada perkara harus diluputkan terus dari ingatan. Namun mampukah Shamsul melupakan sejarah suka duka dengan tampalan impasto tebal di kanvas. Datanglah ke pameran lukisan beliau, dan cari sendiri jawapannya. Bertanyalah kepada beliau tentang gelodak dalam rasa sanubarinya. Berbuallah tentang 'hakikat' hidup. Sembanglah fasal 'istiqomah'. Berlabonlah fasal 'baiah' dan sebagainya nescaya kamu akan teruja dengan Sahamsul Baharin versi 40an.
Ini bukan sekadar cat minyak tetapi lebih dari itu. Ini ialah hidup Shamsul Baharin, dilapisan bawahnya ada sejarah, manakala dilapisan atasnya ada harapan. Kepelbagaian warna bertindan tindan adalah rencam hidup yang perlu ditempuhi dengan berhati hati.

Manakala, bulan Mei 2011 pula adalah bulan pameran solo beliau di galeri NSTP. Saat itu, lebarlah sayap Shamsul Baharin untuk menjengah Kuala Lumpur membawa impian dan harapan insan seni.
Orang hakikat pasti 'ternampak' akan hidupnya yang terkebelakang dan terkehadapan....

* Seringkali aku teringat dan mengingatkan diri aku tentang 'usia 40an ' . Fasa apakah itu ? Mahukah kamu berkongsi dengan aku apa yang kamu tahu ' fasa hidup pada usia 40an bagi lelaki?'

6.10.10

PANGGILAN TERAKHIR


PANGGILAN TERAKHIR KEPADA RAKAN-RAKAN YANG PERNAH HIDUP SEBAGAI PELAJAR UPSI , DALAM JURUSAN PENDIDIKAN SENI, TAHUN 1999-2002. KEHADIRAN AMAT DIALUKAN SEPERTI TARIKH, TEMPAT DAN MASA DI ATAS. HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH .

26.9.10

SUMBANGAN DI KLIUC

Bersama BZ & Hermanz mewujudkan logo 1 Malaysia di dinding KLIUC pada 24 Sept 2010. Sumbangan sedekah amal jariah.

22.9.10

TEKNIK INGATAN

Ini bukannya nak cerita kaedah-kaedah teknik mengingat. Cuma nak beritahu, baharu sekejap tadi aku pinjam buku berjudul "Teknik Ingatan; Kaedah Mengatasi Lupa & Lemah Ingatan". Belum pun baca, (tapi dah muat naik cerita kat blog...hamboi kamu Raduan!!!). Buku tersebut di tulis oleh Yusuf Al-Aqsary.

Tertarik nak pinjam kerana, ingat mengingat ni sebenarnya ada teknik rupanya. Patutlah selama ni banyak perkara boleh diingati malah ada perkara akan dilupai, samada lupa sementara atau lupa hilang terus.

Tapi aku pernah dengar ustaz kata, lupa pun makhluk Allah. Lupa datang kepada kita hanya dengan perintah Allah. Lupa tak boleh datang dengan sendiri kepada kita melainkan dengan perintah Allah. Ada benda memang kita kena lupa, dan memang bertuah kalau kita dapat lupakan. Contohnya perkara yang tak elok dan tak baik, kalau kita tak dapat lupakan memang akan mengundang parah dalam hidup kita. Katalah kita pernah terlihat satu kemalangan yang dahsyat yang mana semua tubuh badan orang yang terlibat hancur berkecai, muka dilenyek tayar lori, darah bersembur keluar dari anggota badan, sungguh memilukan. Kalau peristiwa ini tidak dapat kita lupakan maka akan rosaklah sistem otak kita. Ia akan sentiasa menghantui. Kejap kejap 'peristiwa' itu datang, wah kacau dibuatnya. Tengah makan ia datang. Tengah solat pun ia datang. Tengah memandu ia datang, bahkan baru nak tidur pun ia mungkin datang. Mereng dibuatnya.

Contoh lain ialah seorang doktor yang setiap hari membedah pesakit . Ia sangat bertuah kerana Allah beri dia makhluk 'lupa'. Bayangkan kalau setiap kali hendak makan tiba-tiba datang 'ingatan' kerja-kerja pembedahan yang dia lakukan. Wah tak selera nak makan. Syukur kepada orang-orang yang Allah kurniakan 'lupa' akan perkara-perkara tertentu .

Begitu juga, kita ini setiap hari akan melakukan 'qado hajat', takkanlah aktiviti itu kita nak ingat sentiasa. Baru nak pekena laksa Kuale teringat peristiwa berak, baru nak balun nasi beriani gam teringat peristiwa kencing pagi tadi. Oh! itu ingatan melampau. Jadinya...Ingat atau Lupa adalah makhluk Allah yang akan mengiringi hidup kita. Ia ada kepentingan masing-masing. Bahkan sampai ke akhirat makhluk itu akan mengiringi kita. Dalilnya begini, "kebanyakan makhluk manusia akan meminta kepada Allah untuk kembali ke alam dunia untuk beribadat dan mengerjakan dakwah setelah dipertunjukkan oleh Allah akan perbuatan mereka di dunia", nah! bukankah itu membuktikan mereka 'ingat' kembali apa yang telah mereka perlakukan di dunia. Wallah wa'alam, hanya Allah maha mengetahui.

InsyaAllah aku akan baca buku Teknik Ingatan; Kaedah Mengatasi Lupa & Lemah Ingatan" kalau ada masa lapang....(biasanya pinjam tak pernah baca habis, tu perangai buruk aku!). Pada kulitnya terdapat gambar otak. Otak pun makhluk Allah yang sentiasa taat pada perintah Allah. Kalau Allah kata mereng, maka merenglah otak. Kalau Allah perintah otak gred A++ maka Gred A++ lah otak tersebut.
Maha suci Allah yang mentadbir akan sekalian makhluknya.

21.9.10

BUDAK PERIKSA UPSR HARI INI

Hari ini peperiksaan UPSR bermula. Dari 21 Sept 2010 hingga 23 Sept 2010. Muhamad Nur Eiszlam dan kawan-kawan seangkatan denganmu, bapak doakan kamu semua sukses dalam menghadapi semua itu. Semoga Allah beri kekuatan dan permudahkan urusanmu selama musim peperiksaan ini. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, yang menjadikan langit dan bumi, yang menjadikan dunia dan akhirat, yang menghidupkan dan mematikan makhlukNya, yang pemurah memberi rezeki, yang penyayang, yang mencipta Syurga-Neraka-Barzakh-Titian Sirat-Padang Mahsyar, yang meliputi segalanya. Tiada satu pun tanpa pengetahuan Allah. Allah rab maha berkuasa. Permudahkan mereka ya Allah. Amin ya Khaliq, amin ya Razaq, amin ya Rabbal a'alamin.

20.9.10

CINTA DUNIA TAKUT MATI

Ada orang takut sangat bila bercerita pasal mati. Katanya tak baik cerita pasal mati, nanti mati betul-betul. Buang tabiat katanya. Salah tu!. Mati ni kalau tak cerita pun ia datang, kalau cerita pun ia akan datang juga. Semalam jumpa soerang ustaz hafiz. Katanya, " Kalau ada utusan datang beritahu bahawa kamu (uztaz tu la) akan dijemput untuk mati esok, memang aku tak sedia lagi...katanya". Ha tu dia tuan-tuan dan puan puan. Tu tanda orang betul iman yakin pada Allah. Orang beriman bertaqwa sentiasa risau bimbang waspada terhadap imannya sendiri. Sentiasa rasa iman dan amalan belum cukup untuk menyukakan Allah. Iman sangat penting, tapi usaha untuk dapatkan iman itu lagi utama. Tiap-tiap hari kita keluar dari rumah untuk ke pejabat, ladang, kedai atau sebagainya bagi dapatkan rezeki. Kalau betul caranya InsyaAllah akan dapat gaji atau hasil apa yang diusahakan. Macamana dengan iman.? Takkan boleh dapat dengan senang lenang di rumah. Berkorbanlah sikit jiwa, diri, masa dan belanja. Keluarlah Raduan ! Lebih baik kau mati semasa kau dalam usaha mencari iman sejati daripada kau mati duduk dirumah di hadapan tv sambil berangan-angan iman akan datang masuk ke dalam tubuh kau! Aduhai Raduan...kasihan aku tengok kau ni ! Kau cinta dunia takut mati ye? Astagfirullah....

* Cinta dunia bukan bererti mengumpul dan menyayangi kekayaan dunia, pangkat dan darjat, menjadi jutawan atau popular....Cinta dunia ialah "manusia tak kira miskin atau kaya, pandai atau bodoh, ustaz atau yang baru nak start, yang dalam hatinya tidak ada Allah...yang ada dalam hatinya ialah SELAIN DARIPADA ALLAH". Yang tu nak kena faham betul-betul tu....Rumah besar, kereta Merc, gudang perniagaan itu tidak ada kena mengena langsung dengan 'cinta dunia'. Ia akan jadi cinta dunia bila rumah, kereta merc, gudang perniagaan duduk dalam hati yang sepatutnya tempat kita letak Allah.

** Begitu juga sering kita pandang zuhud itu dengan keadaan seseorang tanpa harta benda dunia. Salah juga tu!. Kalau ditimpa musibah penyakit demam contohnya, apakah perlakuan yang dizahirkan. Nampak panadol atau 'nampak' Allah? Kalau nampak panadol dahulu, itu cinta dunia maknanya. Dalam hati ada panadol bukan Allah.

Astagfirullah hal Aziiim...

16.9.10

BAYARLAH ZAKAT

Sekarang sudah ramai usahawan Melayu Islam yang berjaya dalam bidang perniagaan. Shukur . Ada yang mampu mengutip RM hingga beratus-ratus juta dalam akaun. Ini sekadar nasihat saya selaku orang dipinggiran, bayarlah zakat apabila sampai nisabnya. Zakat Perniagaan perlu dilunaskan mengikut syariatnya, kerana di dalam harta kita itu (pinjaman dari Allah) ada terselit hak orang-orang miskin dan fakir serta asnaf yang lain. Jangan sampai harta sepinjaman itu di rentap oleh Allah kerana terlalu kikirnya untuk berzakat. Emmm kalaulah nilai sebenar hidup ini di sisi Allah ialah harta benda, sudah tentu semua para ambia akan menyuruh umatnya bertungkus lumus cari harta untuk jadi kaya. Kaya itu tak salah, yang salahnya lupa tanggungjawab kepada Allah (Habblumminallah) dan lupa tanggungjawab sesama manusia (Habblumminannas). Bayarlah zakat kawan!

* Bangga dengan usahawan Islam/Melayu seperti Naza, Bukhari, Allahyarhamah Dato' Sosilawati...

5.9.10

SELAMAT HARI RAYA

Blog http://suteramalaya.blogspot.com yang dikendalikan oleh Raduan Norudin @ RN @ R@duan, ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri . Maaf zahir dan batin. Semoga semua sukses dalam menyambut raya kali ini. Berhati-hati dijalanraya.

26.8.10

GATHERING LA PULAK!

Ini untuk x Pendidikan Seni UPSI 1999-2002 sahaja, yang lain kalau nak sponsor, kami ok aje !

9.8.10

GRAFFITI KEMANUSIAAN :: PALESTIN :: 8810

Graffiti Kemanusiaan dari Malaysia ke Palestin, Sg.Klang, K.Lumpur, Malaysia:

Graffiti Kemanusiaan Dari Malaysia Ke Palestin, Sg. Klang, Kuala Lumpur Malaysia


Graffiti Kemanusiaan dari Malaysia Ke Palestin, K.Lumpur



Graffiti Kemanusiaan Dari Malaysia ke Palestin, K.Lumpur



Penganjur: RTMgraffiticrew

Lokasi: Sg. Klang/Pasar Seni

Tarikh: 8.8.10

Penaja: Pentas 1, Fadzil Idris, Meor Lanterajiwa, GAPs

Mesej: "Palestine, we care"

21.7.10

MAN KIDAL


Hari ni nak cerita pasal Man Kidal. Rasanya separuh daripada rakyat Malaysia kenal siapa Man Kidal. Kalau ada yang tek kenal itu aku tak peduli. Beliau memang mesra pelanggan. Jumpa beliau di Auditorium Tunku Puan Cik Seremban semasa Rentak Juara Akhir 17 Julai lalu. Sentiasa tersenyum dan mudah melayan siapa sahaja. Kadangkala tangannya lebih cepat menghulur untuk bersalaman, naik segan kita dibuatnya. Orang macam ni selalunya murah rezeki, ramai kawan, ramai peminat. Tak ada kesempatan nak cari keburukannya, apabila beliau sentiasa menampilkan diri cara demikian. Dengan krew beliau bertanya khabar dan akan duduk berbual bersembang kalau ada kelapangan. Semasa latihan beliau artis yang datang pada tepat masanya. Walaupun menunggu lama krew lain menyiapkan sistem audio/sound tetapi tetap tersenyum menunggu, Tak pula kedengaran beliau merungut menyampah. Bagi yang ingin bergambar tiada halangan, tangannya menarik rapat peminatnya supaya lebih dekat untuk pose istimewa. Bagi aku insan seperti ini memang susah nak dicari dalam dunia artis Malaysia. Untuk Man Kidal, aku doakan supaya murah rezeki, di kuatkan iman dan amalnya serta masuk syurga nanti, amin.

13.7.10

3.8.2010 ...ke UM kita !

Raduan Norudin, kamu belajar secara main-main dan berseloroh pun berjaya juga akhirnya. Bayangkan kalau kamu belajar bersungguh-sungguh dan bermati-matian, tentu kejayaannya lebih dahsyat! ( Sori ehh , siri bercakap dengan diri sendiri)

Gambar dirakam oleh isteri tercinta Aslinda Abdul Samad. Kami berdua sahaja yang pergi ke konvo ini. Anak-anak tinggal di rumah sebab tak boleh masuk, umur bawah 12 tahun.

edit: 13 Ogos 2010
23.7.2010 yuran
27.7.2010 ambil suit
31.7.2010 latihan
3.8.2010 Dewan Tunku Canselor