17.1.10

AMIRUL FAKIR: STATUS TERKINI





17 Januari 2010
5.30 petang: masih di HUKM, setelah menjalani rawatan Kemoterapi selama 5 hari akibat kanser.
Akan pulang ke Ipoh malam nanti.
Rawatan susulan 3 minggu sekali.Beliau perlu berulang alik dari Ipoh ke KL untuk rawatan selanjutnya. Bagi kawan-kawan dan kenalan berdoalah dalam hati kalian yang paling suci supaya Allah permudahkan segala dugaan yang ditanggung oleh sahabat kita ini. Bagi yang ingin menyumbang wang boleh hubungi En. Kamal Sabran 016-5533391.
---------------------------
SEGUGUS MUNAJAT
Amirul Fakir : FOSIL
i)
Ini gumpalan nasibku
Teroleng-oleng
Dari comberan masa silam
Yang kelam
Berbenturan gementar dan harap
Mau menggapai jemari suci Rabb
- catatan Amirul fakir 1994-



12.1.10

TENGOK, BETAPA SIBUKNYA AKU

Nak siapkan dokumentasi Pameran Ekspedisi Lakar Endau Rompin. 3 hari 2 malam di Galeri Pantai Timur, Kuantan.
Lenguh urat-urat tengkuk.
Namun sempat juga datang ke majlis pembukaan Galeri Rajawali di Temerloh, nampak tak aku kat kanan sekali tu? Bukan yang bawah! Yang atas ...!! Sebelum ke galeri Rajawali, aku, En Shaimy, Dr. Ali dan Abu Yusof berhenti makan dan solat di RnR Gambang . Oleh kerana aura janggut dan kopiah Dr Ali dan Abu Yusof terlalu kuat maka aku pun mengenakan kopiah sepanjang hari tersebut...begitulah ceritanyaaaaa...!!

11.1.10

JEMPUTAN MENGEBOM DI TELUK INTAN

Lantok kome orang Teluk Intan. Meor Lanterajiwa dah jemput teman 'mengebom' di Teluk Intan. Kome tunggu, kalau tak ada aral melintang, teman datang.......!!!

8.1.10

VANDALISME

Ini seni, seni jalanan @ graffiti street art @ urban art @ urban chaligraphy....
Yang ini vandalisme.... @ salah laku

2.1.10

RN2DR.M ( R@DUAN TO DR.M )

Dinding.....sahabat gua
Berjiran dengan Champ Teh (Jeng)
Graffiti ini ditujukan khas buat mantan Perdana Menteri yang disayangi. Maka tiada apalah tujuan graffiti ini melainkan menyampai rasa hati seorang manusia yang hidup di bumi Malaysia. Tak usahlah kita melabelkan karya ini sebagai graffiti. Kita kata sahaja 'kartun besar di dinding', ia lebih sesuai. Kartun ini dicipta lantaran rasa hati yang amarah akibat seorang dua pegawai tentera udara yang tamak sehingga sanggup menggadaikan maruah negara dengan menjual enjin jet pejuang yang sepatutnya dijaga dan dilindungi dengan baik. "Binatang" tamak itu bahkan mungkin sanggup menjual negara Malaysia ini agaknya sekiranya mampu dijual olehnya. Mengapa saya tujukan kartun besar di dinding ini kepada Dr.M?...Kerana dengan tidak semena-mena, baru-baru ini Dr.M tersasul menulis fasal graffiti. Apa mimpi Dr.M sibuk fasal graffiti tidaklah pula diketahui. Oleh kerana minat dan perhatian Dr.M itu, maka saya berbesar hati mendedikasikan satu karya ini kepada Dr.M. Untuk pengetahuan Dr.M, graffiti ada 'kuasa' tersendiri untuk menaikkan dan menjatuhkan seseorang / organisasi.


kemaskini:



Kartun ini dilukis pada 2 Januari 2010, di benteng Sg. Klang sempena 'Graff & Unite'. Lebih 60 pelukis graffiti terlibat. Projek anjuran PhobiaKlik ini bertujuan menyambut tahun baru 2010 melalui sudut pandangan pelukis graffiti. Pelbagai gaya ditunjukkan. Ada yang selesa menulis/melukis nama sendiri dengan bentukan font-font yang unik. Ada juga yang melukis watak tertentu sebagai aprisiasi atau mempamer skil. Bagi saya kali ini, persembahannya bukan pada mempamer skil, kebolehan melukis atau aprisiasi diri, tetapi lukisan 'hati' dan 'emosi'. Isu pecah amanah penjualan injin jet F-5E oleh kalangan pegawai tentera udara yang tamak masih terlekat di hati saya. Buat masa ini, kemarahan saya sebagai rakyat Malaysia masih belum terpadam. Dinding Sg. klang sudi 'bersahabat' dengan saya. Setiap rintihan hati saya didengarinya dengan baik ......

1.1.10

OTAK AKU TAK SAMA DENGAN OTAK MEREKA

Jam 12.00 malam tadi, aku melalui jambatan/fly over Pandan Jaya untuk ke sebuah klinik. Pelik dan ajaib aku lihat bersusun-susun kereta dalam jumlah yang banyak, terlalu banyak, berlapis-lapis sampai mengganggu lalu lintas. Betul-betul di atas fly over tersebut. Tujuannnya ialah untuk melihat bunga api pada detik 12.oo malam dari tempat yang cantik. Persoalan timbul dalam kepala aku, perlukah bersusah payah, berhempas pulas sampai begitu untuk lihat bunga api. Aku tak fahamlah. Bagi aku "peduli hapa aku benda-benda ni semua, tak mendatangkan apa-apa manafaat pada aku dan keluarga aku". Seronokkah tengok api? Entahlah, mungkin sebab cantik dan bewarna-warni agaknya. Yang pasti ada masalah sikit disini, samada dalam otak aku atau otak mereka tu! Lain sikit. Itu je sebabnya!