2.1.10

RN2DR.M ( R@DUAN TO DR.M )

Dinding.....sahabat gua
Berjiran dengan Champ Teh (Jeng)
Graffiti ini ditujukan khas buat mantan Perdana Menteri yang disayangi. Maka tiada apalah tujuan graffiti ini melainkan menyampai rasa hati seorang manusia yang hidup di bumi Malaysia. Tak usahlah kita melabelkan karya ini sebagai graffiti. Kita kata sahaja 'kartun besar di dinding', ia lebih sesuai. Kartun ini dicipta lantaran rasa hati yang amarah akibat seorang dua pegawai tentera udara yang tamak sehingga sanggup menggadaikan maruah negara dengan menjual enjin jet pejuang yang sepatutnya dijaga dan dilindungi dengan baik. "Binatang" tamak itu bahkan mungkin sanggup menjual negara Malaysia ini agaknya sekiranya mampu dijual olehnya. Mengapa saya tujukan kartun besar di dinding ini kepada Dr.M?...Kerana dengan tidak semena-mena, baru-baru ini Dr.M tersasul menulis fasal graffiti. Apa mimpi Dr.M sibuk fasal graffiti tidaklah pula diketahui. Oleh kerana minat dan perhatian Dr.M itu, maka saya berbesar hati mendedikasikan satu karya ini kepada Dr.M. Untuk pengetahuan Dr.M, graffiti ada 'kuasa' tersendiri untuk menaikkan dan menjatuhkan seseorang / organisasi.


kemaskini:



Kartun ini dilukis pada 2 Januari 2010, di benteng Sg. Klang sempena 'Graff & Unite'. Lebih 60 pelukis graffiti terlibat. Projek anjuran PhobiaKlik ini bertujuan menyambut tahun baru 2010 melalui sudut pandangan pelukis graffiti. Pelbagai gaya ditunjukkan. Ada yang selesa menulis/melukis nama sendiri dengan bentukan font-font yang unik. Ada juga yang melukis watak tertentu sebagai aprisiasi atau mempamer skil. Bagi saya kali ini, persembahannya bukan pada mempamer skil, kebolehan melukis atau aprisiasi diri, tetapi lukisan 'hati' dan 'emosi'. Isu pecah amanah penjualan injin jet F-5E oleh kalangan pegawai tentera udara yang tamak masih terlekat di hati saya. Buat masa ini, kemarahan saya sebagai rakyat Malaysia masih belum terpadam. Dinding Sg. klang sudi 'bersahabat' dengan saya. Setiap rintihan hati saya didengarinya dengan baik ......

6 comments:

abdullahjones said...

patutnta tulis kat dinding tu yang ini dedikasi untuk dr.M

withoutmotive said...

graffiti juga satu cabang media..n media tu punyai kuasa yang paling kuat didunia..serang!!

Chapit said...

yeah, jgn perkecilkan suara seniman jalanan~

Anonymous said...

For me, grafitto is beautiful!

PPB.

roslaini saad said...

yope ..mailaa buat satu grafitti kat sekolah...alat bahan ...sponsor habis...
bagi anak-anak sekolah tengok dan tepegun...

R@duan said...

boleh cikgu....nanti kita set satu masa....cuti cuti graffiti...
cadangan saya samada 13, 14 atau 15 Feb 2010 (cuti Raya Cina)....13 paling molek utk mula...!!