26.9.10

SUMBANGAN DI KLIUC

Bersama BZ & Hermanz mewujudkan logo 1 Malaysia di dinding KLIUC pada 24 Sept 2010. Sumbangan sedekah amal jariah.

22.9.10

TEKNIK INGATAN

Ini bukannya nak cerita kaedah-kaedah teknik mengingat. Cuma nak beritahu, baharu sekejap tadi aku pinjam buku berjudul "Teknik Ingatan; Kaedah Mengatasi Lupa & Lemah Ingatan". Belum pun baca, (tapi dah muat naik cerita kat blog...hamboi kamu Raduan!!!). Buku tersebut di tulis oleh Yusuf Al-Aqsary.

Tertarik nak pinjam kerana, ingat mengingat ni sebenarnya ada teknik rupanya. Patutlah selama ni banyak perkara boleh diingati malah ada perkara akan dilupai, samada lupa sementara atau lupa hilang terus.

Tapi aku pernah dengar ustaz kata, lupa pun makhluk Allah. Lupa datang kepada kita hanya dengan perintah Allah. Lupa tak boleh datang dengan sendiri kepada kita melainkan dengan perintah Allah. Ada benda memang kita kena lupa, dan memang bertuah kalau kita dapat lupakan. Contohnya perkara yang tak elok dan tak baik, kalau kita tak dapat lupakan memang akan mengundang parah dalam hidup kita. Katalah kita pernah terlihat satu kemalangan yang dahsyat yang mana semua tubuh badan orang yang terlibat hancur berkecai, muka dilenyek tayar lori, darah bersembur keluar dari anggota badan, sungguh memilukan. Kalau peristiwa ini tidak dapat kita lupakan maka akan rosaklah sistem otak kita. Ia akan sentiasa menghantui. Kejap kejap 'peristiwa' itu datang, wah kacau dibuatnya. Tengah makan ia datang. Tengah solat pun ia datang. Tengah memandu ia datang, bahkan baru nak tidur pun ia mungkin datang. Mereng dibuatnya.

Contoh lain ialah seorang doktor yang setiap hari membedah pesakit . Ia sangat bertuah kerana Allah beri dia makhluk 'lupa'. Bayangkan kalau setiap kali hendak makan tiba-tiba datang 'ingatan' kerja-kerja pembedahan yang dia lakukan. Wah tak selera nak makan. Syukur kepada orang-orang yang Allah kurniakan 'lupa' akan perkara-perkara tertentu .

Begitu juga, kita ini setiap hari akan melakukan 'qado hajat', takkanlah aktiviti itu kita nak ingat sentiasa. Baru nak pekena laksa Kuale teringat peristiwa berak, baru nak balun nasi beriani gam teringat peristiwa kencing pagi tadi. Oh! itu ingatan melampau. Jadinya...Ingat atau Lupa adalah makhluk Allah yang akan mengiringi hidup kita. Ia ada kepentingan masing-masing. Bahkan sampai ke akhirat makhluk itu akan mengiringi kita. Dalilnya begini, "kebanyakan makhluk manusia akan meminta kepada Allah untuk kembali ke alam dunia untuk beribadat dan mengerjakan dakwah setelah dipertunjukkan oleh Allah akan perbuatan mereka di dunia", nah! bukankah itu membuktikan mereka 'ingat' kembali apa yang telah mereka perlakukan di dunia. Wallah wa'alam, hanya Allah maha mengetahui.

InsyaAllah aku akan baca buku Teknik Ingatan; Kaedah Mengatasi Lupa & Lemah Ingatan" kalau ada masa lapang....(biasanya pinjam tak pernah baca habis, tu perangai buruk aku!). Pada kulitnya terdapat gambar otak. Otak pun makhluk Allah yang sentiasa taat pada perintah Allah. Kalau Allah kata mereng, maka merenglah otak. Kalau Allah perintah otak gred A++ maka Gred A++ lah otak tersebut.
Maha suci Allah yang mentadbir akan sekalian makhluknya.

21.9.10

BUDAK PERIKSA UPSR HARI INI

Hari ini peperiksaan UPSR bermula. Dari 21 Sept 2010 hingga 23 Sept 2010. Muhamad Nur Eiszlam dan kawan-kawan seangkatan denganmu, bapak doakan kamu semua sukses dalam menghadapi semua itu. Semoga Allah beri kekuatan dan permudahkan urusanmu selama musim peperiksaan ini. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, yang menjadikan langit dan bumi, yang menjadikan dunia dan akhirat, yang menghidupkan dan mematikan makhlukNya, yang pemurah memberi rezeki, yang penyayang, yang mencipta Syurga-Neraka-Barzakh-Titian Sirat-Padang Mahsyar, yang meliputi segalanya. Tiada satu pun tanpa pengetahuan Allah. Allah rab maha berkuasa. Permudahkan mereka ya Allah. Amin ya Khaliq, amin ya Razaq, amin ya Rabbal a'alamin.

20.9.10

CINTA DUNIA TAKUT MATI

Ada orang takut sangat bila bercerita pasal mati. Katanya tak baik cerita pasal mati, nanti mati betul-betul. Buang tabiat katanya. Salah tu!. Mati ni kalau tak cerita pun ia datang, kalau cerita pun ia akan datang juga. Semalam jumpa soerang ustaz hafiz. Katanya, " Kalau ada utusan datang beritahu bahawa kamu (uztaz tu la) akan dijemput untuk mati esok, memang aku tak sedia lagi...katanya". Ha tu dia tuan-tuan dan puan puan. Tu tanda orang betul iman yakin pada Allah. Orang beriman bertaqwa sentiasa risau bimbang waspada terhadap imannya sendiri. Sentiasa rasa iman dan amalan belum cukup untuk menyukakan Allah. Iman sangat penting, tapi usaha untuk dapatkan iman itu lagi utama. Tiap-tiap hari kita keluar dari rumah untuk ke pejabat, ladang, kedai atau sebagainya bagi dapatkan rezeki. Kalau betul caranya InsyaAllah akan dapat gaji atau hasil apa yang diusahakan. Macamana dengan iman.? Takkan boleh dapat dengan senang lenang di rumah. Berkorbanlah sikit jiwa, diri, masa dan belanja. Keluarlah Raduan ! Lebih baik kau mati semasa kau dalam usaha mencari iman sejati daripada kau mati duduk dirumah di hadapan tv sambil berangan-angan iman akan datang masuk ke dalam tubuh kau! Aduhai Raduan...kasihan aku tengok kau ni ! Kau cinta dunia takut mati ye? Astagfirullah....

* Cinta dunia bukan bererti mengumpul dan menyayangi kekayaan dunia, pangkat dan darjat, menjadi jutawan atau popular....Cinta dunia ialah "manusia tak kira miskin atau kaya, pandai atau bodoh, ustaz atau yang baru nak start, yang dalam hatinya tidak ada Allah...yang ada dalam hatinya ialah SELAIN DARIPADA ALLAH". Yang tu nak kena faham betul-betul tu....Rumah besar, kereta Merc, gudang perniagaan itu tidak ada kena mengena langsung dengan 'cinta dunia'. Ia akan jadi cinta dunia bila rumah, kereta merc, gudang perniagaan duduk dalam hati yang sepatutnya tempat kita letak Allah.

** Begitu juga sering kita pandang zuhud itu dengan keadaan seseorang tanpa harta benda dunia. Salah juga tu!. Kalau ditimpa musibah penyakit demam contohnya, apakah perlakuan yang dizahirkan. Nampak panadol atau 'nampak' Allah? Kalau nampak panadol dahulu, itu cinta dunia maknanya. Dalam hati ada panadol bukan Allah.

Astagfirullah hal Aziiim...

16.9.10

BAYARLAH ZAKAT

Sekarang sudah ramai usahawan Melayu Islam yang berjaya dalam bidang perniagaan. Shukur . Ada yang mampu mengutip RM hingga beratus-ratus juta dalam akaun. Ini sekadar nasihat saya selaku orang dipinggiran, bayarlah zakat apabila sampai nisabnya. Zakat Perniagaan perlu dilunaskan mengikut syariatnya, kerana di dalam harta kita itu (pinjaman dari Allah) ada terselit hak orang-orang miskin dan fakir serta asnaf yang lain. Jangan sampai harta sepinjaman itu di rentap oleh Allah kerana terlalu kikirnya untuk berzakat. Emmm kalaulah nilai sebenar hidup ini di sisi Allah ialah harta benda, sudah tentu semua para ambia akan menyuruh umatnya bertungkus lumus cari harta untuk jadi kaya. Kaya itu tak salah, yang salahnya lupa tanggungjawab kepada Allah (Habblumminallah) dan lupa tanggungjawab sesama manusia (Habblumminannas). Bayarlah zakat kawan!

* Bangga dengan usahawan Islam/Melayu seperti Naza, Bukhari, Allahyarhamah Dato' Sosilawati...

5.9.10

SELAMAT HARI RAYA

Blog http://suteramalaya.blogspot.com yang dikendalikan oleh Raduan Norudin @ RN @ R@duan, ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri . Maaf zahir dan batin. Semoga semua sukses dalam menyambut raya kali ini. Berhati-hati dijalanraya.