22.9.10

TEKNIK INGATAN

Ini bukannya nak cerita kaedah-kaedah teknik mengingat. Cuma nak beritahu, baharu sekejap tadi aku pinjam buku berjudul "Teknik Ingatan; Kaedah Mengatasi Lupa & Lemah Ingatan". Belum pun baca, (tapi dah muat naik cerita kat blog...hamboi kamu Raduan!!!). Buku tersebut di tulis oleh Yusuf Al-Aqsary.

Tertarik nak pinjam kerana, ingat mengingat ni sebenarnya ada teknik rupanya. Patutlah selama ni banyak perkara boleh diingati malah ada perkara akan dilupai, samada lupa sementara atau lupa hilang terus.

Tapi aku pernah dengar ustaz kata, lupa pun makhluk Allah. Lupa datang kepada kita hanya dengan perintah Allah. Lupa tak boleh datang dengan sendiri kepada kita melainkan dengan perintah Allah. Ada benda memang kita kena lupa, dan memang bertuah kalau kita dapat lupakan. Contohnya perkara yang tak elok dan tak baik, kalau kita tak dapat lupakan memang akan mengundang parah dalam hidup kita. Katalah kita pernah terlihat satu kemalangan yang dahsyat yang mana semua tubuh badan orang yang terlibat hancur berkecai, muka dilenyek tayar lori, darah bersembur keluar dari anggota badan, sungguh memilukan. Kalau peristiwa ini tidak dapat kita lupakan maka akan rosaklah sistem otak kita. Ia akan sentiasa menghantui. Kejap kejap 'peristiwa' itu datang, wah kacau dibuatnya. Tengah makan ia datang. Tengah solat pun ia datang. Tengah memandu ia datang, bahkan baru nak tidur pun ia mungkin datang. Mereng dibuatnya.

Contoh lain ialah seorang doktor yang setiap hari membedah pesakit . Ia sangat bertuah kerana Allah beri dia makhluk 'lupa'. Bayangkan kalau setiap kali hendak makan tiba-tiba datang 'ingatan' kerja-kerja pembedahan yang dia lakukan. Wah tak selera nak makan. Syukur kepada orang-orang yang Allah kurniakan 'lupa' akan perkara-perkara tertentu .

Begitu juga, kita ini setiap hari akan melakukan 'qado hajat', takkanlah aktiviti itu kita nak ingat sentiasa. Baru nak pekena laksa Kuale teringat peristiwa berak, baru nak balun nasi beriani gam teringat peristiwa kencing pagi tadi. Oh! itu ingatan melampau. Jadinya...Ingat atau Lupa adalah makhluk Allah yang akan mengiringi hidup kita. Ia ada kepentingan masing-masing. Bahkan sampai ke akhirat makhluk itu akan mengiringi kita. Dalilnya begini, "kebanyakan makhluk manusia akan meminta kepada Allah untuk kembali ke alam dunia untuk beribadat dan mengerjakan dakwah setelah dipertunjukkan oleh Allah akan perbuatan mereka di dunia", nah! bukankah itu membuktikan mereka 'ingat' kembali apa yang telah mereka perlakukan di dunia. Wallah wa'alam, hanya Allah maha mengetahui.

InsyaAllah aku akan baca buku Teknik Ingatan; Kaedah Mengatasi Lupa & Lemah Ingatan" kalau ada masa lapang....(biasanya pinjam tak pernah baca habis, tu perangai buruk aku!). Pada kulitnya terdapat gambar otak. Otak pun makhluk Allah yang sentiasa taat pada perintah Allah. Kalau Allah kata mereng, maka merenglah otak. Kalau Allah perintah otak gred A++ maka Gred A++ lah otak tersebut.
Maha suci Allah yang mentadbir akan sekalian makhluknya.

2 comments:

roslaini saad said...

kongsi-kongsilaa ilmu tu nanti...mungkin berguna untuk kita semua...

armmean said...

eerr...biler tarikh pulangkan buku tu..?kekekeke..klu x ingat tarikh hantar, tuan kena khatam smp. 2x la buku tu..hehe..