28.10.10

PERAK DARUL RIDZUAN ADALAH NEGERI YANG MASIH BELUM MAMPU MEWUJUDKAN BALAI SENI LUKISNYA SENDIRI.


DENGAN INI KAWAN MELANTIK ABDULLAH JONES UNTUK MENJAWAT JAWATAN MENTERI BESAR PERAK, SUPAYA TERTUNAI HASRAT PEMINAT DAN PENGGIAT SENI LUKIS PERAK AGAR MENGADAKAN SEBUAH GALERI SENI LUKISNYA SENDIRI. KALAU TIDAK PUN JADI EXCO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PUN KIRA OKEY DAH! BELIAU BANYAK IDEA / "AIR DIA". 'PEMAIN' IMPORT DARI PAHANG INI DIRASAKAN BOLEH MEMBANTU PARA PEMIMPIN DARI NEGERI BIJIH TIMAH YANG TERLALU KONTANG SENI. ITU PUN KALAU BELIAU NAK, KALAU BELIAU TAK NAK KAWAN TAK BOLEH BUEK APA-APA.



* KOI NAK JADI MENTERI BESAR KAT BULAN. DOBLAS TAHUN LAGI KOI NAK JADI PERDANA MENTERI PLANET ZUHAL.

16.10.10

MISTERI KAMPUNG BELUM


Kampung Belum, Grik sudah tenggelam lama sejak pembinaan empangan di Hulu Perak suatu masa dulu. Semasa menaiki bot menyertai ekspedisi seni anjuran APDR , Perbadanan Taman Negara Perak dan Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2005, aku diberitahu oleh pemandu pelancong " Di bawah ni (dasar tasek) ada Kampung (Kampung Belum)...di sini kedudukan masjidnya...."(masjid dalam air?!!!) . Aku pun terdiam, sebab tergamam, aku bayangkannya. Beliau memberi info, aku melantunkannya semula dalam bentuk visual. Sudah tentu setiap orang lain visualnya yang tergambar. Ini yang aku gambarkan (lukisan di atas).

Seringkali apabila ada kelapangan aku menjengah lukisan-lukisan samada yang terdapat di studioku atau mana-mana galeri yang banyak di KL ni serta laman web seni visual, aku akan teringatkan lukisan aku ini yang tak siap-siap sejak tahun 2005. Gambaran yang aku 'cipta'kan sejak 'tergamam' diberitakan ' ...di sini kedudukan masjidnya" sering berputar-putar dan berputar putar ligat ingin dijelmakan sebaik mungkin ke kanvas. Kadangkala imajinasi terlampau pun memainkan peranan...makhluk dasar tasek Belum berkumpul dalam masjid sambil bersolat , berzikir, taqlim wal taqlum, khidmat, ibadat dakwah dan sebagainya...aaahhh! Surrealism !!! Aaah adoi sakit otak aku kerana 'dibawa melawat, berenang renang ke dasar tasek , masuk ke Kampung Belum dan singgah bersolat di Masjidnya...aaaaaaahhhh!!! """ Toloooooooooooooonnngggggggg !!! Aku dah letih nak 'berenang-renang', Aku dah penat 'terbang' ke hulu ke hilir naik dan turun di dasar tasek Belum.

Sekarang lukisan 2'x2' ini dah pun siap, di pamerkan dalam Pameran HIMPUN, Peti Seni BSLN (Akim), mula 16 Okt 2010 hingga 30 Okt 2010...Aku nak lelong dengan harga murah. Aku dah tak tahan.

15.10.10

KL / IPOH ,IPOH / KL, KL/IPOH....

Sekarang dah ada train ekspress ke Ipoh weh! Laju yop. Tak sampai 2 jam . Bak kata bebudak punk tak dan hilang bau kentut dah sampai! Ate ngulang alik KL /Ipoh le....
Tiap minggu boleh pergi LOKEN

12.10.10

SEJAM BERSAMA SHAMSUL BAHARIN

Orang Ipoh yang terlibat dengan seni visual/ seni lukis kalau tak kenal Shamsul Baharin, sila pindah ke tempat lain. Cikgu-cikgu Pendidikan Seni sekitar Ipoh, kalau tak pernah dengar nama Shamsul Bahrin mohonlah tukar mengajar mata pelajaran lain seperti sains Sukan atau Geografi. Adalah menjadi kesalahan yang tak terperi jika ada insan seni (seni lukis) di merata ceruk Perak jika tidak mengetahui kewujudan Shamsul Baharin. Beliau ialah seorang pelukis tegar merangkap Pegawai di Jabatan Pelajaran Perak.
Shamsul Baharin dalam studio di Ipoh

Tadi, aku baru berjumpa ( sebenarnya terjumpa) beliau ketika dia sedang mengeteh (nyangat) di sebuah kedai kopi di Kotaraya Ipoh bandar Bugeinvilla (sekarang dah tak berapa ada pokok ni di Ipoh, agaknya bini Datuk Bandarnya tak berapa minat pokok bunga jenis ini) . Dalam pertemuan sejam itu aku dan dia bersembang pada graf 8, 9 dan 10 (maksimum) tentang perkembangan seni lukis beliau. Cuma sesekali menyelit kisah rumahtangga. Kisah rumahtangga merupakan 'iklan' dalam perbualan antara insan seni. Macam garam dalam makanan. Tak bergaram tak sedap. Sejam pertemuan itu aku dapat banyak maklumat berguna.
Persiapan untuk Ribbon of Life di Ipoh dan solo di Kuala Lumpur

Pada hujung bulan ini, Shamsul Baharin bersama pelukis DZulkarnain, Amiruddin Daud, Azizul Rabu, Mizal dan seorang pelukis dari Filipina akan mengadakan pameran berjudul Ribbon Of Life di Hospital Pantai Puteri anjuran Heritage Villa. Aku sempat di bawa oleh Shamsul ke rumahnya untuk melihat karya-karya beliau. Sungguh kaget aku apabila mendapati banyak karya yang sudah siap untuk dipamer dan dijual. Karya impasto bahantara cat minyaknya mengenengahkan bangunan lama sebagai bahan sejarah untuk dijadikan subjek matter lukisannya. Perkembangan terbaru beliau ini, melihatkan gaya sapuan pisau dan warna yang kasar dan keras adalah seiring dengan kisah perubahan dalam diri beliau dan kisah disekeliling nya yang secara langsung membawa karya beliau terjelma dalam bentuk yang demikian. Apakah kisah yang beliau alami dalam beberapa tahun kebelakangan ini? Jika anda menilai dan mengkaji seni yang ditampakkan oleh Shamsul, maka sedikit sebanyak anda akan dapat menduga kisah suka duka beliau selama beberapa tahun ini. Seolah olah ada perkara yang beliau ingin ceritakan kepada rakan-rakan lantaran tak tertahan menanggung rasa seorang diri, manakala tampalan-tampalan impasto yang tebal membuktikan ada pula beberapa perkara yang tidak harus diceritakan malah kepada rakan-rakan terdekat sekalipun. Tampalan keras yang di ulang-ulang menggambarkan ada perkara harus diluputkan terus dari ingatan. Namun mampukah Shamsul melupakan sejarah suka duka dengan tampalan impasto tebal di kanvas. Datanglah ke pameran lukisan beliau, dan cari sendiri jawapannya. Bertanyalah kepada beliau tentang gelodak dalam rasa sanubarinya. Berbuallah tentang 'hakikat' hidup. Sembanglah fasal 'istiqomah'. Berlabonlah fasal 'baiah' dan sebagainya nescaya kamu akan teruja dengan Sahamsul Baharin versi 40an.
Ini bukan sekadar cat minyak tetapi lebih dari itu. Ini ialah hidup Shamsul Baharin, dilapisan bawahnya ada sejarah, manakala dilapisan atasnya ada harapan. Kepelbagaian warna bertindan tindan adalah rencam hidup yang perlu ditempuhi dengan berhati hati.

Manakala, bulan Mei 2011 pula adalah bulan pameran solo beliau di galeri NSTP. Saat itu, lebarlah sayap Shamsul Baharin untuk menjengah Kuala Lumpur membawa impian dan harapan insan seni.
Orang hakikat pasti 'ternampak' akan hidupnya yang terkebelakang dan terkehadapan....

* Seringkali aku teringat dan mengingatkan diri aku tentang 'usia 40an ' . Fasa apakah itu ? Mahukah kamu berkongsi dengan aku apa yang kamu tahu ' fasa hidup pada usia 40an bagi lelaki?'

6.10.10

PANGGILAN TERAKHIR


PANGGILAN TERAKHIR KEPADA RAKAN-RAKAN YANG PERNAH HIDUP SEBAGAI PELAJAR UPSI , DALAM JURUSAN PENDIDIKAN SENI, TAHUN 1999-2002. KEHADIRAN AMAT DIALUKAN SEPERTI TARIKH, TEMPAT DAN MASA DI ATAS. HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH .