16.10.10

MISTERI KAMPUNG BELUM


Kampung Belum, Grik sudah tenggelam lama sejak pembinaan empangan di Hulu Perak suatu masa dulu. Semasa menaiki bot menyertai ekspedisi seni anjuran APDR , Perbadanan Taman Negara Perak dan Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2005, aku diberitahu oleh pemandu pelancong " Di bawah ni (dasar tasek) ada Kampung (Kampung Belum)...di sini kedudukan masjidnya...."(masjid dalam air?!!!) . Aku pun terdiam, sebab tergamam, aku bayangkannya. Beliau memberi info, aku melantunkannya semula dalam bentuk visual. Sudah tentu setiap orang lain visualnya yang tergambar. Ini yang aku gambarkan (lukisan di atas).

Seringkali apabila ada kelapangan aku menjengah lukisan-lukisan samada yang terdapat di studioku atau mana-mana galeri yang banyak di KL ni serta laman web seni visual, aku akan teringatkan lukisan aku ini yang tak siap-siap sejak tahun 2005. Gambaran yang aku 'cipta'kan sejak 'tergamam' diberitakan ' ...di sini kedudukan masjidnya" sering berputar-putar dan berputar putar ligat ingin dijelmakan sebaik mungkin ke kanvas. Kadangkala imajinasi terlampau pun memainkan peranan...makhluk dasar tasek Belum berkumpul dalam masjid sambil bersolat , berzikir, taqlim wal taqlum, khidmat, ibadat dakwah dan sebagainya...aaahhh! Surrealism !!! Aaah adoi sakit otak aku kerana 'dibawa melawat, berenang renang ke dasar tasek , masuk ke Kampung Belum dan singgah bersolat di Masjidnya...aaaaaaahhhh!!! """ Toloooooooooooooonnngggggggg !!! Aku dah letih nak 'berenang-renang', Aku dah penat 'terbang' ke hulu ke hilir naik dan turun di dasar tasek Belum.

Sekarang lukisan 2'x2' ini dah pun siap, di pamerkan dalam Pameran HIMPUN, Peti Seni BSLN (Akim), mula 16 Okt 2010 hingga 30 Okt 2010...Aku nak lelong dengan harga murah. Aku dah tak tahan.

No comments: