31.10.11

KINI, SAYA LEBIH KONFIDEN...



Salam,
Selepas hadir secara 'terpaksa' kursus bersama Dr Azizan Osman 28-30 Okt 2011, di bangunan MCA Kuala Lumpur, kini saya mendapat satu suntikan baharu. Saya kini kenal kekuatan yang ada pada saya. Apa orang lain bertanggapan terhadap saya, itu akan saya simpan dalam gobok dan biarkan disitu selamanya. Kekuatan dan kelainan yang ada pada saya ialah saya mampu melukis mural dengan baik, pantas dan lain dari yang lain. Sebelum ini, kerja-kerja ini saya lakukan sekadar syok sendiri melukis graffiti sekadar luahan rasa, tetapi kini saya akan meraih pendapatan lumayan daripada kekuatan itu. Walaupun saya sudah berkerjaya, namun mencari pendapatan sampingan untuk bawa ahli keluarga terdekat ke Makkah mengerjakan umrah, tidak ada salahnya saya berusaha. Hobi melukis dan menconteng akan saya garap supaya seiring dengan 'masyuk'nya RM. Kelebihan yang akan saya tawarkan kepada target saya iaitu sekolah-sekolah sekitar KL/Selangor ialah dengan menawarkan kelas seni lukis percuma kepada 30 pelajar bagi 1 sesi. Pihak sekolah, Pengetua, Guru dan Pelajar pasti akan mendapat manafaat melalui tawaran saya ini. Saya layak mengajar kerana mempunyai Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Seni (UPSI 1999-2002) dan Sarjana Pengajian Melayu-Kesenian (UM 2007-2010). Kau ada?

Perasaan negatif terhadap diri dan kemampuan diri sendiri, kini saya telah buang ke laut. Saya akan berjaya InsyaAllah dan kamu semua boleh berjaya. Terima kasih isteri saya yang 'memerangkap dan memaksa' saya untuk hadir kursus ini. Pasti pelaburan yang dikeluarkan akan berbaloi-baloi.




12.6.11

UNTUK MR DAVID, DIA SEORANG CINA...

Tengah nguleng perin menyiapkan lukisan Mr David. Dia asyik nak cepat saja, aku suruh dia sabor, "Sabor tu separuh daripada iman!"

12.5.11

BURUNG BERTARUNG




Aku baharu balik dari pengambaran drama berjudul Kelong Kasih di Mersing, Kuantan, Penor dan Endau. Selama dua minggu bergelumang dengan kerja-kerja belakang tabir dalam bidang rekaan set. Tujuan tulisan kali ni bukan nak bercerita pasal drama tu, tapi cerita semasa cuti seminggu selepas balik dari drama tersebut. Selepas penat lelah kerja belakang tabir itu aku bercuti untuk rehat dan tenangkan fikiran. Dalam masa cuti ini, sempat membalun sebuah karya dinding seperti di atas. Kepuasan bekarya tanpa melayan kehendak orang itu dan ini , sungguh terasa pada tahap maksimum. Cat-cat spray lebihan projek -projek lepas berlambak lagi yang boleh digunakan. Dapat pula ruang sedia ada di sekolah Sri Bintang Utara, ketika pihak sekolah dalam proses menceriakan sekolah sempena pertandingan keceriaan sekolah peringkat negeri. Jadi, aku tumpang semangkok membalun dinding yang ada kosong. Nampak macam mereka puas hati. Kalau tak puas hati pun, diam-diam dahlah!

17.4.11

FIRDAUS HAJI MAHMUD- BELIAU SEORANG AHLIL MUZIK

Ini Firdaus Haji Mahmud, sebelah kiri, bukan sebelah kanan tu, kanan tu P Ramlee, ada lagi ke orang Malaysia yang tak kenal P Ramlee? Orang Bangla, Nepal, Indon dan England Selatan pun kenal P Ramlee!.


Firdaus Haji Mahmud ialah rakan sekelas aku masa di SM Clifford 1985-1986 ( bukan Sekolah Clifford kat Great Britain tapi sekolah SMK Clifford di Kuala Kangsar). Janji ada bunyi-bunyi sebutan orang putih, glamour sangatlah masa tu. Rakan memanggil nama manjanya sebagai Daus. Kami di kelas yang paling terer 5 sains 3, dia orang Talang, arwah bapanya seorang guru besar. Khabarnya garang tapi aku sendiri tak pernah jumpa beliau. Antara aku dan dia terdapat beberapa rakan lain yang mempunyai 'hantu'nya yang tersendiri. Ingin aku sebut beberapa, antaranya Ja (Zaki), Khairool Azamer, Epa, As'ad dan ada lagi lah..(takkan nak sebut 40 member kelas kat sini!).


Firdaus Haji Mahmud memang meminati muzik. Pernah satu ketika dalam kelas matematik, cikgu NurFaezah (kalau tak silap) amat memarahi beliau kerana tak buat kerja sekolah yang diberi (memang teruk dia ni, tak pernah aku jumpa orang macam ni!). Dalam keadaan marah teramat sangat terlontar soal dan jawab begini:


Cikgu: Kenapa teruk sangat ni...kerja yang saya bagi kenapa tak siap?

Firdaus: (diam dan senyum sahaja- -terserlah kedegilannya)

Cikgu: kamu ni Firdaus...bla ...bla membebel sambil ke hulu kehilir tak tentu hala.

Firdaus: tambah lebar sengih ( dia suka buli cikgu muda dan cantik)

Cikgu: Kamu ni nak jadi apa ha????

Firdaus: Ahlil muzik !!! , jawabnya selamba dan yakin akan kebolehannya.


Cikgu tambah baran, melemparkan buku ke arah Daus, menangis dan terus keluar kelas. Ketika itu terlihat pada rupa paras Firdaus jawapannya adalah jujur, tepat, ikhlas dan suci murni dari lubuk hati yang dalam. Walaupun jawapannya tak dapat diterima oleh cikgu matematik tersebut, beliau tidak menaruh dendam walau sekelumit pun pada cikgu NurFaezah itu, yang berasal dari Kampung Kota Lama Kiri (sekampung dengan Epa).


Antara matematik dan seni, penguasagunaan otak kiri dan kanan memang berlawanan dan sukar berkompromi. Dari sekolah rendah hingga ke universiti perkara ini seringkali dibincangkan oleh para ilmuan dan para pengamal seni. lantaran itu wujud peseni yang ngeri apabila ditanya bab-bab nombor. Aku punyai pengalaman seorang pensyarah seni lukis yang tak ingat nombor telefonnya sendiri, apatah lagi nombor-nombor lain. Elergik berhadapan dengan nombor katanya. Sebaliknya orang matematik sangat suka bermain dengan nombor bahkan berkebolehan mentadbir urus berkaitan nombor dengan baik seperti menjadi ahli peniagaan, akauntan dan membeli nombor ekor (ingat...haram tetap haram!). Berbalik kepada Firdaus Haji Mahmud, kali terakhir aku berjumpa beliau ialah di RTM semasa rancangan Rentak Juara 2010 lepas. Ketika itu beliau menjadi pemuzik (keyboard) bagi kumpulan Spider dan aku sebagai pereka set RJ2010. Lama betul tak jumpa beliau sebelum ini, kira-kira 20 tahun. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Ada dengar khabar dari rakan-rakan beliau telah mencebur diri dalam bidang muzik (ahlil muzik) selepas sahaja tamat persekolahan. Beliau pernah mengiring persembahan Search, Spider dan macam-macam program tv ( Kalau nak tulis sini takut letih nak baca)


Dalam pertemuan itu banyak perkara dilabonkan. Teringat kisah zaman muda-muda dulu. Ada kisah kami naik kereta volkswagon bersama Ja (Zaki) melalui lebuhraya KK - Ipoh. Ja bawa terlalu laju hingga nak tercirit rasanya. Biasa KK-Ipoh 1 jam, tapi budak Ja ni pecut 15 minit sampai. Sumpah aku taknak naik lagi kereta dengan Ja. Aku nak hidup lama sikit daripada dia. Ja (budak Padang Rengas) dengan Firdaus Haji Mahmud memang kamcen, rapat dan akrab sampai sekarang. Ja selalu ikut Firdaus Haji Mahmud pergi konsert dan persembahan. Mereka macam kembar siam, seperti tak boleh dipisahkan. Ja juga ada mengajak aku terlibat sama untuk tonton persembahan yang Firdaus Haji Mahmud main. Tapi sampai sekarang pun dia tak jemput aku. Dia saja buat-buat lupa. Kepada Ja, dimana janji-janjimu? Kau ni macam ahli politik pulak! Buat janji tapi tak ditunaikan!


Kepada Firdaus Haji Mahmud, teman doakan mike berjaya dunia dan akhirat. Kepada Ja lagi sekali, kalau kamu kahwin nanti jangan lupa jemput teman. Kepada member-member lain, ajak le teman nyangat sekali kalau kome ada buat gathering.


Begitulah sikit cerita pagi Ahad ni untuk suka-suka. Firdaus Haji Mahmud-Beliau seorang ahlil muzik.

* tambahan: selain bermain alat muzik Firdaus Haji Mahmud juga berbakat bermain penis opsss sori silap taip...pandai bermain tenis!


Lepas ni aku nak tulis pasal Ayob Ibrahim pula. Salah seorang member sekolah sekelas dengan Firdaus.... yang ni lagi lama tak jumpa, walaupun selalu nampak dalam suratkhabar dan tv.... siapakah Ayob Ibrahim ? Adakah beliau seorang gengster? Penyamun? ...bukan-bukan semua bukan !! Beliau ialah .... (tungguuuuuuu)

NASIHAT KEPADA ORANG YANG DISIASAT KES RASUAH

gambar, tiada kena mengena dengan kes rasuah

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan. Dengan lafaz Bismillah hirrrahma nirrahiiiimmm. Saya mulakan dengan memanjat kesyukuran kepada Ilahi Rab Tuhan sekalian alam. Allah yang maha perkasa, Allah yang maha bijaksana. Segala pujian hanya layak buat Allah. Dengan penuh rasa kerdil dan hina, Engkau pimpinlah kami hambaMu ini meniti hidup dengan penuh keimanan dan tetaqwaan kepadaMu. Segala kesalahan atas kejahilan kami ini mohon diampuni.

Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit kata nasihat kepada orang yang kena siasat kes rasuah, yang baru-baru ini hebat diberitakan samada di akhbar mahupun di media elektronik. Perbualan seharian juga di majlis ilmu di surau masjid. Di warung kopi atau di cafe pejabat berhawa dingin. Beritanya tetap panas dan sensasi. Rakyat marhaen merasa amat terkejut dengan penahanan 62 pegawai kastam dan 8 pegawai imegresen kerana di syaki menerima rasuah. Tidaklah saya ini ingin membuat spekulasi bertanggapan itu dan ini. Tetapi sebagai manusia pastinya saya bahkan orang lain juga akan melontarkan beberapa persoalan di akal fikiran.

Diantara persoalannya ialah:

1) Tentang kesungguhan SPRM menahan penerima rasuah tetapi 'melepas'kan pemberi rasuah.

2) Tentang beraninya pengamal rasuah di Malaysia (muda muda belaka)

3) Tentang wujud golongan menentang SPRM, dan golongan menyokong SPRM (politik punya hal)

4) Tentang bentuk soal siasat yang dijalankan SPRM (mmm..sehingga menyebabkan nyawa melayang)

5) Tentang terhapusnya nilai manusia

6) Tentang tidak takut kepada yang maha pencipta, Allah SWT

Saya berharap kepada yang telah terlanjur, pulanglah ke pangkal jalan. Pintu bertaubat masih terbuka luas. Janganlah merasa terlalu tertekan sehingga mencabut nyawa sendiri. Usah ambil tugas malaikat maut. Namun kepada sesiapa sahaja yang terasa, eloklah berfikir sejenak mengingati Allah, bahawa alam kubur itu sangat dahsyat, boleh jadi pintu ke syorga atau lubang lembah neraka. Akhirat itu tak tergambar akan kepedihannya jika mendapat seksa Allah SWT. Kasihanilah diri sendiri.

Usahlah terlalu berlawan dimahkamah jika kamu memang benar bersalah, mengaku sahajalah apa yang telah lepas. Niat akan perbaharui hidup untuk menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. Orang bersalah yang memasang niat untuk menjadi baik adalah lebih elok dari orang yang orang yang tak salah tetapi tiada niat untuk perbaiki hidupnya.

Jika ditakdirkan masuk penjara, gunalah sebaik mungkin masa dalam tahanan untuk mengerjakan solat sunat taubat yang banyak. Segala Solat sunat seperti Isyraq, Dhuha, Qabliah Baqdiah, Syukur, Tahajud dan sebagainya boleh diperlakukan. Perbanyakkanlah solat sunat. Tetapi jangan perbanykakan solat wajib, kerana solat 5 kali sehari semalam sudah ditentukan jumlahnya. Dalam penjara gunalah masa untuk berzikir sebanyaknya, lidah yang sentiasa basah mengingati Allah akan dipermudahkan ucap kalimah syahadah ketika sakratul maut. Hati yang mengingati Allah adalah hidup di sisi Allah. Disamping itu gunalah masa untuk membaca quran dan perbaiki sebutan ayat-ayat suci al quranul karim.

Adapun sahaya hamba hina ini mencuri ruang untuk menulis yang barangkali tiada siapa ingin baca pun, sekadar mengingati dan menasihati akan apa yang ada di lubuk sanubari sahaya sahaja. Tiadalah untuk membuat sesiapa berasa terhiris hati terluka dijiwa. Akan yang demikian, moga moga mendapat sedikit pedoman bagi diri sendiri tentang maksud hidup ini iaitu mengambil tanggungjawab bahawa mengingati akan mati itu suatu yang sangat perlu dan dituntuti. Jika tidak masakan semua para ambia, para nabi diutuskan Allah ke dunia untuk membawa berita akhirat, selain hidup didunia yang sementara ini. Akhirat itu jika dihitungnya maka tiadalah berjumpa akan akhirnya. Tidak di dunia ini pendek sahaja sifat hayatnya. Manakan mungkin berjumpa lagi orang umurnya 150 tahun, semuanya sudah mati, ertinya berakhir hidupnya. Tetapi di sana hidup (selepas dibangkitkan) adalah selama-lamanya. Jika bahagia, bahagia yang selamanya. Jika seksa, seksa yang amat pedih Ya Allah selamatkan kami, engkau maha penyelamat.

· · Kongsi · Padam

10.4.11

PALITAN NOSTALGIA





Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh hanya dua jam dengan menggunakan keretapi laju. Tiket RM30 sahaja bagi perjalanan sehala. Kemudahan ini saya gunakan untuk melawat studio pelukis , Shamsul Baharin tidak lama dahulu. Shamsul 41, pelukis gigih, konsisten berkarya, mempunyai target dalam lapangan seni visual, dan taat pada kepercayaan aliran seni lukis yang dibawanya. Di studio beliau, terdapat puluhan lukisan palitan impasto bertemakan bangunan dan tempat bersejarah terutama binaan sekitar negeri Perak Darul Ridzuan. Ditanya kenapa memilih bangunan nostalgia? Jawapnya mudah, kerana ‘orang kita mudah lupa!’ Dalam mengharungi hidup semasa dan bergerak menuju kehadapan , kadangkala kita terlupa akar dan budaya klasik termasuk struktur senibina yang dimiliki. Keupayaan untuk menjaga warisan bangunan lama yang berharga dan bernilai estetik masih di tahap rendah. Bangunan tidak diselenggara dengan baik , malah ada yang mereput dimakan anai-anai atau diroboh untuk binaan bangunan baharu. Malah ada yang dibiar tinggal usang begitu sahaja sehingga menggugat deria pandang. Kata-katanya itu mengingatkan saya laporan akhbar bertarikh: 06/05/2008.


BANGUNAN USANG CACATKAN KEINDAHAN BANDARAYA IPOH, PERAK

Oleh ANGELINA SINYANG

IPOH 5 Mei - Meskipun Ipoh sudah diiktiraf sebagai bandar raya kerana mencapai tahap kemajuan setaraf dengan bandar-bandar lain di Malaysia tetapi masih terdapat banyak bangunan usang yang mencacatkan keindahan bandar yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai pusat perlombongan bijih timah. Berbeza dengan tempat lain di negara ini, Ipoh cukup unik kerana masih mengekalkan banyak bangunan lama yang didirikan oleh penjajah British.

Antara bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanda di Ipoh ialah Stesen Keretapi Ipoh terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab kerana memiliki struktur binaan yang menakjubkan dengan gabungan senibina Moor dari negara Turki dan senibina moden. Dalam pada bangga memiliki bangunan bersejarah ini, ramai warga Ipoh sebenarnya kecewa dengan pihak berkuasa tempatan kerana membiarkan banyak bangunan lama terutama deretan rumah kedai di tengah-tengah bandar raya menjadi usang hingga mencacatkan pemandangan………

Perkembangan semasa Shamsul dalam lukisan binaan bersejarah mungkin secara kebetulan sahaja keberkaitannya dengan laporan akhbar Utusan Malaysia di atas. Namun sebagai seniman Shamsul mudah menanggapi isu-isu yang menyentuh perasaannya. Ketajaman pancainderanya berjaya menghasilkan karya binaan bangunan lama yang gah, membawa penghayat ke dalam pelbagai rasa seperti sunyi, seram, takut dan hiba. Sebagai pejuang dalam arena seni lukis, beliau telah menjunjung tanggungjawab meng’indah’kan bangunan usang tersebut dengan caranya sendiri. Persembahan dikanvas bukan dibuat sewenang, tetapi melalui kajian terperinci dengan pengetahuan sejarah akan subjek yang dipilih. Beliau akan datang sendiri ke lokasi dengan melihat, memegang bahkan menghidu suasana sekitar subjek. Ini akan memberi lebih kepuasan peribadi baginya. Setelah memilih sudut pandang yang terbaik, beliau akan memulakan dengan lakaran. Malahan juga kerja-kerja memalit warna minyak dengan pisau ke atas kanvas dilakukan secara spontan jika persekitarannya mengizinkan. Kerja-kerja melukis seterusnya akan disambung di studio berpandukan gambar foto yang dirakam.

PALITAN NOSTALGIA DIRI (SHAMSUL) SENDIRI

Melihatkan gaya sapuan pisau dan warna yang kasar serta keras yang dipaktiskan oleh Shamsul akhir-akhir ini, melahirkan karya agak misteri, bangunan batu yang bisu, binaan lama yang setia, rumah yang menyeramkan dan kedai sederet yang tidak berpenghuni membuatkan saya tertanya-tanya tentu ada sesuatu yang sedang dialaminya. Dugaan saya tepat sekali apabila pelbagai rahsia dirungkaikan semasa perbualan saya dengannya tempohari. Memang benar ada kisah tertentu yang membawa perubahan ke dalam diri beliau yang secara tidak langsung membawa karya beliau terjelma dalam bentuk yang demikian. Palitan nostalgia dirinya sendiri jelas terpancar dikanvas jika kita mampu mengupas sedikit lapisan ‘tanda dan makna’ pada karyanya itu.

Apakah kisah yang beliau alami dalam beberapa tahun kebelakangan ini? Jika anda menilai dan mengkaji seni yang ditampakkan oleh Shamsul, maka sedikit sebanyak anda akan dapat menduga kisah suka duka beliau selama beberapa tahun ini. Seolah olah ada perkara yang beliau ingin ceritakan kepada rakan-rakan lantaran tidak tertahan menanggung rasa seorang diri, manakala tampalan-tampalan impasto yang tebal menutup warna dilapisan bawah membuktikan ada pula beberapa perkara yang tidak harus diceritakan malah kepada rakan-rakan terdekat sekalipun. Tampalan keras yang di ulang-ulang menggambarkan ada kisah hidup yang harus diluputkan terus dari ingatan. Namun mampukah Shamsul melupakan sejarah suka duka diri sendiri dengan tampalan impasto tebal di kanvas? Datanglah ke pameran lukisan beliau, dan cari sendiri jawapannya. Bertanyalah kepada beliau tentang gelodak dalam rasa sanubarinya. Berbuallah tentang 'hakikat' hidup. Sembanglah fasal 'istiqamah'. Bercakaplah fasal 'baiah' dan sebagainya nescaya anda akan teruja dengan Sahamsul Baharin.

Kunjungilah pameran solo beliau di galeri NSTP bermula 1 Mei 2011 hingga 30 Mei 011. Perkhidmatan keretapi laju yang saya kemukakan di awal mukadimah, bukan sahaja mengajak rakan-rakan peminat seni lukis di utara berkunjung ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan pameran lukisan, bahkan memberi ruang kepada para penggemar, pelajar, kolektor seni di Kuala Lumpur untuk meninjau dan memiliki karya lukisan dari pelukis berbakat di utara khasnya di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

6.4.11

AZLI BATU GAJAH MARAH PM.

SAYA DAPAT SATU SMS, PENGIRIM ASALNYA MENAMAKAN DIRINYA 'AZLI SENTANG BATU GAJAH'. BELIAU INI MUNGKIN PEGAWAI KASTAM ATAU SUAMI KEPADA PEGAWAI KASTAM. MARAH BENAR NAMPAKNYA. KES PENAHANAN 62 PEGAWAI KASTAM OLEH SPRM BARU-BARU INI BEGITU MENYENTAP HATINYA. BERAPI-API. KATANYA BEGINI: " Hebahkn ke sluruh Msia- Orang Melayu Batu Gajah kirim BUT*H kepada Najib Tun Razak, jangan HANYA tangkap 62 Pegawai Kastam yg kesemua Orang2 Melayu. Orang2 yg. bagi RASUAH mesti ditangkap. Semua Melayu Batu Gajah kirim BUT*H kamu Najib Tun Razak. dr AZLI Sentang B Gajah." SAYA AGAK MUSYKIL, KENAPA BERIA-IA SANGAT MARAHKAN NAJIB? YANG TANGKAP DAN SIASAT SPRM, KENAPA KAITKAN NAJIB? SPRM MENJALANKAN TUGAS UNTUK BASMI RASUAH. BAGUSLAH TU YE TAK? APA HAL BISING SANGAT? PATUTNYA SOKONG SPRM KERANA CUBA BERUSAHA UNTUK HAPUSKAN RASUAH DALAM NEGARA INI (WALAUPUN BELUM BERJAYA SEPENUHNYA). SPRM PASTI ADA KAEDAH UNTUK MENJALANKAN KERJANYA. BIARLAH MEREKA LAKSANAKAN KERJA MEREKA. LAGI PUN, KALAU TAK TERLIBAT DENGAN RASUAH, APA NAK TAKUTKAN !!!!!! * edit 6.4.2011, jam 2.04 minit: Seorang pegawai kanan kastam yang sedang disiasat SPRM dijumpai mati di bagunan SPRM Jalan Chocrane, dipercayai 'jatuh' dari tingkat 3. (malaysiakini)

3.4.11

SHOOTING DI ATAS KELONG


Sekarang aku tengah sibuk membuat persiapan untuk pengambaran drama Kelong Kasih. Shooting mula 22 April 2011 hingga 7 Mei 2011. Kepada member-member Kuantan, Endau dan Mersing.... 'i love you all', jumpa di sana ! Kepada member-member 'ofis' yang tinggal...'bye bye'... kenang daku dalam doamu!

20.3.11

PENYELARAS PENTAS

Mesyuarat khas Penyelaras Pentas:
- menyusun jadual/shif/anggota baharu dan lama
------------------------------------------------------------------------------------
- taklimat / kursus / bengkel:
- j.kuasa bengkel / kursus:
+ taklimat jabatan : ekspektasi jabatan
: tanggung jawab piecemeal / penjawat awam
+ taklimat penerbitan : penerbitan program tv, skop keperluan set dan peralatan
+ taklimat penolong pengarah Reka Bentuk: Cabaran semasa Unit Reka Bentuk
+ pengenalan Set dan Peralatan: Panel - Penolong Pengarah Reka Bentuk
- Ketua Penyelaras Pentas
- Penyelia Penyelaras Pentas
------------------------------------------------------------------------------------
Sesi ujian lukisan / rekaan berkomputer
- untuk pecah kepada dua grup + (stor)
1) penyelaras pentas
2) pelukis set
3) stor

10.3.11

RAJAWALI TERBANG TINGGI


Minggu lepas, 6 Mac 2011, aku sempat melawat grup pelukis paling bergaya di pantai timur, termasuk di sebelah Perak membawa ke utara tanah air. Bahkan di pusat seni tanah air (Kuala Lumpur) nama mereka juga seringkali berkumandang di coping-coping telinga lantaran terlalu selalu disebut samada di galeri seni mahupun di warong kopi terutama dalam perbualan orang yang terlibat dalam dunia seni visual. Bahkan rakan-rakan tabligh di Sri Petaling juga seringkali menyebut-nyebut grup yang kebanyakkannya menyimpan lelaki berjanggut, yang memakai pelbagai kopiah berwarna-warni, bagi yang agak rudged sikit mereka berani memakai topi atau cap yang stailish.
Semasa kehadiran kami, terasa cukup berbahagia apabila ramai kawan-kawan grup Rajawali yang bertandang sama. Seolah sangat suka akan kehadiran kami. Dari perbualan dengan rakan-rakan Rajawali, aku dapat merasa akan sibuknya mereka merancang aktiviti seni visual. Ada juga karya lukisan yang dieksport ke luar negara, pelajar-pelajar yang datang mempelajari seni lukis juga berselang-seli keluar masuk Rajawali. Bagi aku yang pertama kali datang ke situ, sungguh teruja kepada grup Rajawali dan anak muda Kuantan yang gigih dan konsisten dalam mengharung gelombang dalam perahu seniman seni visual.

28.2.11

KIOSK

Akibat tak cukup maklumat! Maklumat yang diberi tak cukup atau dapat sedikit maklumat tapi tak mahu bertanya seterusnya, maka inilah jadinya. Aku dapat maklumat supaya mereka sebuah kiosk. Maka dalam gambaran kepala hotak aku ialah kiosk yang seperti biasa yang terdapat dimana-mana premis samada jabatan kerajaan atau swasta. Kiosknya biasa adalah 'simple', dan mudah diakses. Jadi rekaannya ialah kiosk berdiri ' stand kiosk' supaya pelanggan dapat maklumat cepat dengan capaian di kiosk. Rupanya bila dah siap, 'present' pada (tuuut)... kiosk lain yang dia nak! Gampang betul, buang masa aku sahaja. Yang dia nak ialah kiosk HRMIS!. Kalau kiosk jenis tu, pelanggan kena duduk berjam-jam, dan kena ada bilik khas sebab nak update Hrmis. Maka, terpaksa kena buat lain..... (Tuuuuut...) betul !

5.2.11

MENZIARAHI CIKGU MATSAH OTHMAN

klik gambar untuk lihat lebih jelas
klik gambar untuk lihat lebih jelas
Untuk melengkapkan ke'gentelemen'an, aku buat satu perkara yang memang akan dibuat oleh semua orang yang gentlemen. Tak ramai orang mencapai tahap gentlemen jika tak buat satu perkara seperti yang aku buat. Semalam aku berjumpa dengan cikgu yang lama terpisah iaitu kira-kira 27 tahun. Cikgu Matsah Othman, sekarang Tn Hj, ...aku berkorban sedikit masa dan tinggalkan hari rehat untuk bertemu beliau pada 4 Feb 2011. Bersama-sama aku ialah 3 orang anak. Isteriku dan si kecik tak ikut kerana ada urusan lain. Perjalanan jam 9.30 pagi Jumaaat, dari KL ke Jasin sungguh nyaman dan tenang. Sesekali singgah minum Ali Cafe di R&R tanda aku tak terburu-buru kerana 'appointment' dengan beliau ialah pada sebelah malam iaitu jam 8.20 malam. Sampai di Jasin kira-kira jam 12.30 tgh, 'landing' di Hotel Alamanda (nampaknya hotel ni baru buat, kemungkinan menyambut Sukma Melaka tahun lepas...agak je tu!). Jam 1.00 tgh bergerak ke Masjid Al Ghaffar. Masjidnya besar dan gah, tapi tak ada orang berniaga macam masjid-masjid lain. Kalau tak, boleh juga beli minyak attar. Selepas solat Jumaat, 'round' sekitar pekan Jasin, pusing sana-sini, memang Jasin 'best'. 'Cool' dan agak 'old school'. Di sana-sini terlihat bangunan-bangunan yang dibina semasa penjajahan British. Boleh kenal kerana reka bentuknya sama terdapat di bandar-bandar kesan penjajah yang lain. Sesekali melalui jalan-jalannya teringat satu masa dahulu sekitar
2007 aku pernah 'shooting' drama " Hujan Sudah Teduh" di sekitar Kesang dan beberapa kampung. Jam 8.20 mlm, tepat seperti dijanjikan oleh Cikgu Matsah (memang beliau pernah mengajar Matematik, sebab itu masa yang dijanjikannya tepat, sikit pun tak lewat) kereta Perdana Hitam menjalar masuk ke ruang parking di Hotel Alamanda. Beliau menjemput kami sekeluarga ke rumah. Di rumah cikgu, macam-macam perkara dicerita. Kebanyakan topiknya ialah mengenai kisah lepas, 27 tahun lalu. Isteri cikgu serta anaknya sangat baik terhadap kami. Makan minum yang dihidangkan sangat sedap, tetapi lebih sedap dari itu ialah dapat berbual-bual dengan cikgu idola, bahkan kegilaan ramai pelajar perempuan ( kah kah kah...jangan marah). Daripada cerita dalam kelas, sampailah cerita scrambler langgar kambing, semua 'dilepaskan' pada malam itu/ Adat orang berziarah, tak elok lama-lama, maka jam 10.00 malam, kami beransur balik ke hotel. Esoknya Sabtu, cikgu Matsah menjemput lagi kami di hotel untuk menuju ke PPD Jasin, disana kami bergambar sebagai tanda kenangan dan bukti muridnya yang gentelmen ini pernah datang menziarahi beliau di Jasin. Tak puas dengan itu sekali lagi kami ke rumah cikgu untuk bergambar di halaman rumah. Pengalaman berjumpa dengan cikgu idola sangat dihargai. Tentu cikgu Matsah suka bahawa masih ada anak muridnya yang gentelmen. Kepada anda yang rasa telah mencapai tahap gentelmen, jangan lupa ada satu tahap lagi. Ziarahilah cikgu-cikgu anda!

28.1.11

JUMPA (DI ALAM MAYA) CIKGU MATSAH OTHMAN SELEPAS 27 TAHUN


APA KHABAR CIKGU SEKARANG? SELEPAS 27 TAHUN CIKGU NAMPAK GEMUK DAN SIHAT. BELIAU KINI BERKHIDMAT DI PPD JASIN SEBAGAI KETUA UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING