15.1.11

JAWATAN KOSONG

1 comment:

R@duan said...

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PIECEMEAL YANG MENYANDANG JAWATAN PENYELARAS PENTAS

Bertanggungjawab kepada Penyelia Penyelaras Pentas, Ketua Penyelaras Pentas, Penolong Pengarah Set dan Penolong Pengarah Reka Bentuk

Menyedia dan memasang set dan peralatan mengikut keperluan rancangan di dalam dan luar studio.

Membina dan membaiki set dan peralatan di studio dan luar studio.

Menyedia dan menyusun atur peralatan mengikut pelan lantai dan kehendak rancangan.

Memastikan set dan peralatan dalam keadaan baik dan berfungsi semasa pemasangan.

Membantu Pereka Set menyediakan efek khas mengikut keperluan rancangan.

Bersedia tunggu semasa rakaman di dalam dan luar studio.

Mengambil dan menyimpan serta menyusun peralatan mengikut sistem stor berkatalog .

Membantu menyedia peralatan untuk aktiviti penerbitan dan acara.

Melaksana sistem, kaedah dasar dan peraturan kerja bagi mencapai objektif Unit, Bahagian dan Cawangan secara optima.

Melaksana langkah-langkah keselamatan sepenuhnya mengikut keperluan pekeliling kerajaan bagi menjamin keselamatan maklumat penting, rahsia dan harta modal kerajaan.

Tugas –tugas lain yang di arahkan dengan mematuhi segala dasar rahsia kerajaan, serta menjalankan kewajipan mengikut Perintah Am Bab ‘A’, Seksyen 15 dan 18 Bab ‘D’ Seksyen 4(1) dan (2), dengan cekap, bersih dan amanah setiap masa.