5.2.11

MENZIARAHI CIKGU MATSAH OTHMAN

klik gambar untuk lihat lebih jelas
klik gambar untuk lihat lebih jelas
Untuk melengkapkan ke'gentelemen'an, aku buat satu perkara yang memang akan dibuat oleh semua orang yang gentlemen. Tak ramai orang mencapai tahap gentlemen jika tak buat satu perkara seperti yang aku buat. Semalam aku berjumpa dengan cikgu yang lama terpisah iaitu kira-kira 27 tahun. Cikgu Matsah Othman, sekarang Tn Hj, ...aku berkorban sedikit masa dan tinggalkan hari rehat untuk bertemu beliau pada 4 Feb 2011. Bersama-sama aku ialah 3 orang anak. Isteriku dan si kecik tak ikut kerana ada urusan lain. Perjalanan jam 9.30 pagi Jumaaat, dari KL ke Jasin sungguh nyaman dan tenang. Sesekali singgah minum Ali Cafe di R&R tanda aku tak terburu-buru kerana 'appointment' dengan beliau ialah pada sebelah malam iaitu jam 8.20 malam. Sampai di Jasin kira-kira jam 12.30 tgh, 'landing' di Hotel Alamanda (nampaknya hotel ni baru buat, kemungkinan menyambut Sukma Melaka tahun lepas...agak je tu!). Jam 1.00 tgh bergerak ke Masjid Al Ghaffar. Masjidnya besar dan gah, tapi tak ada orang berniaga macam masjid-masjid lain. Kalau tak, boleh juga beli minyak attar. Selepas solat Jumaat, 'round' sekitar pekan Jasin, pusing sana-sini, memang Jasin 'best'. 'Cool' dan agak 'old school'. Di sana-sini terlihat bangunan-bangunan yang dibina semasa penjajahan British. Boleh kenal kerana reka bentuknya sama terdapat di bandar-bandar kesan penjajah yang lain. Sesekali melalui jalan-jalannya teringat satu masa dahulu sekitar
2007 aku pernah 'shooting' drama " Hujan Sudah Teduh" di sekitar Kesang dan beberapa kampung. Jam 8.20 mlm, tepat seperti dijanjikan oleh Cikgu Matsah (memang beliau pernah mengajar Matematik, sebab itu masa yang dijanjikannya tepat, sikit pun tak lewat) kereta Perdana Hitam menjalar masuk ke ruang parking di Hotel Alamanda. Beliau menjemput kami sekeluarga ke rumah. Di rumah cikgu, macam-macam perkara dicerita. Kebanyakan topiknya ialah mengenai kisah lepas, 27 tahun lalu. Isteri cikgu serta anaknya sangat baik terhadap kami. Makan minum yang dihidangkan sangat sedap, tetapi lebih sedap dari itu ialah dapat berbual-bual dengan cikgu idola, bahkan kegilaan ramai pelajar perempuan ( kah kah kah...jangan marah). Daripada cerita dalam kelas, sampailah cerita scrambler langgar kambing, semua 'dilepaskan' pada malam itu/ Adat orang berziarah, tak elok lama-lama, maka jam 10.00 malam, kami beransur balik ke hotel. Esoknya Sabtu, cikgu Matsah menjemput lagi kami di hotel untuk menuju ke PPD Jasin, disana kami bergambar sebagai tanda kenangan dan bukti muridnya yang gentelmen ini pernah datang menziarahi beliau di Jasin. Tak puas dengan itu sekali lagi kami ke rumah cikgu untuk bergambar di halaman rumah. Pengalaman berjumpa dengan cikgu idola sangat dihargai. Tentu cikgu Matsah suka bahawa masih ada anak muridnya yang gentelmen. Kepada anda yang rasa telah mencapai tahap gentelmen, jangan lupa ada satu tahap lagi. Ziarahilah cikgu-cikgu anda!

No comments: