17.4.11

FIRDAUS HAJI MAHMUD- BELIAU SEORANG AHLIL MUZIK

Ini Firdaus Haji Mahmud, sebelah kiri, bukan sebelah kanan tu, kanan tu P Ramlee, ada lagi ke orang Malaysia yang tak kenal P Ramlee? Orang Bangla, Nepal, Indon dan England Selatan pun kenal P Ramlee!.


Firdaus Haji Mahmud ialah rakan sekelas aku masa di SM Clifford 1985-1986 ( bukan Sekolah Clifford kat Great Britain tapi sekolah SMK Clifford di Kuala Kangsar). Janji ada bunyi-bunyi sebutan orang putih, glamour sangatlah masa tu. Rakan memanggil nama manjanya sebagai Daus. Kami di kelas yang paling terer 5 sains 3, dia orang Talang, arwah bapanya seorang guru besar. Khabarnya garang tapi aku sendiri tak pernah jumpa beliau. Antara aku dan dia terdapat beberapa rakan lain yang mempunyai 'hantu'nya yang tersendiri. Ingin aku sebut beberapa, antaranya Ja (Zaki), Khairool Azamer, Epa, As'ad dan ada lagi lah..(takkan nak sebut 40 member kelas kat sini!).


Firdaus Haji Mahmud memang meminati muzik. Pernah satu ketika dalam kelas matematik, cikgu NurFaezah (kalau tak silap) amat memarahi beliau kerana tak buat kerja sekolah yang diberi (memang teruk dia ni, tak pernah aku jumpa orang macam ni!). Dalam keadaan marah teramat sangat terlontar soal dan jawab begini:


Cikgu: Kenapa teruk sangat ni...kerja yang saya bagi kenapa tak siap?

Firdaus: (diam dan senyum sahaja- -terserlah kedegilannya)

Cikgu: kamu ni Firdaus...bla ...bla membebel sambil ke hulu kehilir tak tentu hala.

Firdaus: tambah lebar sengih ( dia suka buli cikgu muda dan cantik)

Cikgu: Kamu ni nak jadi apa ha????

Firdaus: Ahlil muzik !!! , jawabnya selamba dan yakin akan kebolehannya.


Cikgu tambah baran, melemparkan buku ke arah Daus, menangis dan terus keluar kelas. Ketika itu terlihat pada rupa paras Firdaus jawapannya adalah jujur, tepat, ikhlas dan suci murni dari lubuk hati yang dalam. Walaupun jawapannya tak dapat diterima oleh cikgu matematik tersebut, beliau tidak menaruh dendam walau sekelumit pun pada cikgu NurFaezah itu, yang berasal dari Kampung Kota Lama Kiri (sekampung dengan Epa).


Antara matematik dan seni, penguasagunaan otak kiri dan kanan memang berlawanan dan sukar berkompromi. Dari sekolah rendah hingga ke universiti perkara ini seringkali dibincangkan oleh para ilmuan dan para pengamal seni. lantaran itu wujud peseni yang ngeri apabila ditanya bab-bab nombor. Aku punyai pengalaman seorang pensyarah seni lukis yang tak ingat nombor telefonnya sendiri, apatah lagi nombor-nombor lain. Elergik berhadapan dengan nombor katanya. Sebaliknya orang matematik sangat suka bermain dengan nombor bahkan berkebolehan mentadbir urus berkaitan nombor dengan baik seperti menjadi ahli peniagaan, akauntan dan membeli nombor ekor (ingat...haram tetap haram!). Berbalik kepada Firdaus Haji Mahmud, kali terakhir aku berjumpa beliau ialah di RTM semasa rancangan Rentak Juara 2010 lepas. Ketika itu beliau menjadi pemuzik (keyboard) bagi kumpulan Spider dan aku sebagai pereka set RJ2010. Lama betul tak jumpa beliau sebelum ini, kira-kira 20 tahun. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Ada dengar khabar dari rakan-rakan beliau telah mencebur diri dalam bidang muzik (ahlil muzik) selepas sahaja tamat persekolahan. Beliau pernah mengiring persembahan Search, Spider dan macam-macam program tv ( Kalau nak tulis sini takut letih nak baca)


Dalam pertemuan itu banyak perkara dilabonkan. Teringat kisah zaman muda-muda dulu. Ada kisah kami naik kereta volkswagon bersama Ja (Zaki) melalui lebuhraya KK - Ipoh. Ja bawa terlalu laju hingga nak tercirit rasanya. Biasa KK-Ipoh 1 jam, tapi budak Ja ni pecut 15 minit sampai. Sumpah aku taknak naik lagi kereta dengan Ja. Aku nak hidup lama sikit daripada dia. Ja (budak Padang Rengas) dengan Firdaus Haji Mahmud memang kamcen, rapat dan akrab sampai sekarang. Ja selalu ikut Firdaus Haji Mahmud pergi konsert dan persembahan. Mereka macam kembar siam, seperti tak boleh dipisahkan. Ja juga ada mengajak aku terlibat sama untuk tonton persembahan yang Firdaus Haji Mahmud main. Tapi sampai sekarang pun dia tak jemput aku. Dia saja buat-buat lupa. Kepada Ja, dimana janji-janjimu? Kau ni macam ahli politik pulak! Buat janji tapi tak ditunaikan!


Kepada Firdaus Haji Mahmud, teman doakan mike berjaya dunia dan akhirat. Kepada Ja lagi sekali, kalau kamu kahwin nanti jangan lupa jemput teman. Kepada member-member lain, ajak le teman nyangat sekali kalau kome ada buat gathering.


Begitulah sikit cerita pagi Ahad ni untuk suka-suka. Firdaus Haji Mahmud-Beliau seorang ahlil muzik.

* tambahan: selain bermain alat muzik Firdaus Haji Mahmud juga berbakat bermain penis opsss sori silap taip...pandai bermain tenis!


Lepas ni aku nak tulis pasal Ayob Ibrahim pula. Salah seorang member sekolah sekelas dengan Firdaus.... yang ni lagi lama tak jumpa, walaupun selalu nampak dalam suratkhabar dan tv.... siapakah Ayob Ibrahim ? Adakah beliau seorang gengster? Penyamun? ...bukan-bukan semua bukan !! Beliau ialah .... (tungguuuuuuu)

No comments: