17.4.11

NASIHAT KEPADA ORANG YANG DISIASAT KES RASUAH

gambar, tiada kena mengena dengan kes rasuah

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan. Dengan lafaz Bismillah hirrrahma nirrahiiiimmm. Saya mulakan dengan memanjat kesyukuran kepada Ilahi Rab Tuhan sekalian alam. Allah yang maha perkasa, Allah yang maha bijaksana. Segala pujian hanya layak buat Allah. Dengan penuh rasa kerdil dan hina, Engkau pimpinlah kami hambaMu ini meniti hidup dengan penuh keimanan dan tetaqwaan kepadaMu. Segala kesalahan atas kejahilan kami ini mohon diampuni.

Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit kata nasihat kepada orang yang kena siasat kes rasuah, yang baru-baru ini hebat diberitakan samada di akhbar mahupun di media elektronik. Perbualan seharian juga di majlis ilmu di surau masjid. Di warung kopi atau di cafe pejabat berhawa dingin. Beritanya tetap panas dan sensasi. Rakyat marhaen merasa amat terkejut dengan penahanan 62 pegawai kastam dan 8 pegawai imegresen kerana di syaki menerima rasuah. Tidaklah saya ini ingin membuat spekulasi bertanggapan itu dan ini. Tetapi sebagai manusia pastinya saya bahkan orang lain juga akan melontarkan beberapa persoalan di akal fikiran.

Diantara persoalannya ialah:

1) Tentang kesungguhan SPRM menahan penerima rasuah tetapi 'melepas'kan pemberi rasuah.

2) Tentang beraninya pengamal rasuah di Malaysia (muda muda belaka)

3) Tentang wujud golongan menentang SPRM, dan golongan menyokong SPRM (politik punya hal)

4) Tentang bentuk soal siasat yang dijalankan SPRM (mmm..sehingga menyebabkan nyawa melayang)

5) Tentang terhapusnya nilai manusia

6) Tentang tidak takut kepada yang maha pencipta, Allah SWT

Saya berharap kepada yang telah terlanjur, pulanglah ke pangkal jalan. Pintu bertaubat masih terbuka luas. Janganlah merasa terlalu tertekan sehingga mencabut nyawa sendiri. Usah ambil tugas malaikat maut. Namun kepada sesiapa sahaja yang terasa, eloklah berfikir sejenak mengingati Allah, bahawa alam kubur itu sangat dahsyat, boleh jadi pintu ke syorga atau lubang lembah neraka. Akhirat itu tak tergambar akan kepedihannya jika mendapat seksa Allah SWT. Kasihanilah diri sendiri.

Usahlah terlalu berlawan dimahkamah jika kamu memang benar bersalah, mengaku sahajalah apa yang telah lepas. Niat akan perbaharui hidup untuk menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. Orang bersalah yang memasang niat untuk menjadi baik adalah lebih elok dari orang yang orang yang tak salah tetapi tiada niat untuk perbaiki hidupnya.

Jika ditakdirkan masuk penjara, gunalah sebaik mungkin masa dalam tahanan untuk mengerjakan solat sunat taubat yang banyak. Segala Solat sunat seperti Isyraq, Dhuha, Qabliah Baqdiah, Syukur, Tahajud dan sebagainya boleh diperlakukan. Perbanyakkanlah solat sunat. Tetapi jangan perbanykakan solat wajib, kerana solat 5 kali sehari semalam sudah ditentukan jumlahnya. Dalam penjara gunalah masa untuk berzikir sebanyaknya, lidah yang sentiasa basah mengingati Allah akan dipermudahkan ucap kalimah syahadah ketika sakratul maut. Hati yang mengingati Allah adalah hidup di sisi Allah. Disamping itu gunalah masa untuk membaca quran dan perbaiki sebutan ayat-ayat suci al quranul karim.

Adapun sahaya hamba hina ini mencuri ruang untuk menulis yang barangkali tiada siapa ingin baca pun, sekadar mengingati dan menasihati akan apa yang ada di lubuk sanubari sahaya sahaja. Tiadalah untuk membuat sesiapa berasa terhiris hati terluka dijiwa. Akan yang demikian, moga moga mendapat sedikit pedoman bagi diri sendiri tentang maksud hidup ini iaitu mengambil tanggungjawab bahawa mengingati akan mati itu suatu yang sangat perlu dan dituntuti. Jika tidak masakan semua para ambia, para nabi diutuskan Allah ke dunia untuk membawa berita akhirat, selain hidup didunia yang sementara ini. Akhirat itu jika dihitungnya maka tiadalah berjumpa akan akhirnya. Tidak di dunia ini pendek sahaja sifat hayatnya. Manakan mungkin berjumpa lagi orang umurnya 150 tahun, semuanya sudah mati, ertinya berakhir hidupnya. Tetapi di sana hidup (selepas dibangkitkan) adalah selama-lamanya. Jika bahagia, bahagia yang selamanya. Jika seksa, seksa yang amat pedih Ya Allah selamatkan kami, engkau maha penyelamat.

· · Kongsi · Padam

No comments: