31.10.11

KINI, SAYA LEBIH KONFIDEN...



Salam,
Selepas hadir secara 'terpaksa' kursus bersama Dr Azizan Osman 28-30 Okt 2011, di bangunan MCA Kuala Lumpur, kini saya mendapat satu suntikan baharu. Saya kini kenal kekuatan yang ada pada saya. Apa orang lain bertanggapan terhadap saya, itu akan saya simpan dalam gobok dan biarkan disitu selamanya. Kekuatan dan kelainan yang ada pada saya ialah saya mampu melukis mural dengan baik, pantas dan lain dari yang lain. Sebelum ini, kerja-kerja ini saya lakukan sekadar syok sendiri melukis graffiti sekadar luahan rasa, tetapi kini saya akan meraih pendapatan lumayan daripada kekuatan itu. Walaupun saya sudah berkerjaya, namun mencari pendapatan sampingan untuk bawa ahli keluarga terdekat ke Makkah mengerjakan umrah, tidak ada salahnya saya berusaha. Hobi melukis dan menconteng akan saya garap supaya seiring dengan 'masyuk'nya RM. Kelebihan yang akan saya tawarkan kepada target saya iaitu sekolah-sekolah sekitar KL/Selangor ialah dengan menawarkan kelas seni lukis percuma kepada 30 pelajar bagi 1 sesi. Pihak sekolah, Pengetua, Guru dan Pelajar pasti akan mendapat manafaat melalui tawaran saya ini. Saya layak mengajar kerana mempunyai Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Seni (UPSI 1999-2002) dan Sarjana Pengajian Melayu-Kesenian (UM 2007-2010). Kau ada?

Perasaan negatif terhadap diri dan kemampuan diri sendiri, kini saya telah buang ke laut. Saya akan berjaya InsyaAllah dan kamu semua boleh berjaya. Terima kasih isteri saya yang 'memerangkap dan memaksa' saya untuk hadir kursus ini. Pasti pelaburan yang dikeluarkan akan berbaloi-baloi.




1 comment:

roslaini saad said...

kak ros pernah mengikuti kursus dengan Dr Azizan ni... memang lumayan.. ilmu yang diperolehi..