19.5.12

ROSTRUM BOLEH LARAS

Rostrum boleh laras. Tapaknya ada laci yang akan berguna sebagai platform bagi orang pendek berucap. Jadi orang pendek taklah tenggelam dibelakang rostrum apabila menyampaikan ucapan. Bagi orang berketinggian normal tak ada masalah, masukkan aje platform @ laci ke dalam slot yang disediakan. Material: Stainless Steel, Kayu, Kaca

12.5.12

PULAU CHE ABIT DAN SAUH MISTERI DI SUNGAI PERAK, KUALA KANGSAR

Assalamualaikum. Dah lama benor teman tak update blog ni. Tengok dah lain macam sikit cara nak operate blogspot ni. Baguih le ada pembaharuan. Yang penting buleh bagi free pada pengguna.
Cerita kali ini ialah Pulau Che Abit dan Sauh misteri. Pada suatu masa, ketika keme kecik kecik selalu mandi sungei Perak. Punya la berani masa tu buleh nyeberang. Tak takut langsung... pada hal masa tu baru umor 12-13 tahun je. Bila tengok ayor sungei sekarang gerun pulak rasanya. Sekarang kalau berenang bukan sampei seberang tapi hanyut kelor.
Dulu seberang kuala, dekat Kampung Pisang (sekarang dah tak ada Kg Pisang) ada sebuah pulau dipanggil Pulau Che Abit. Pulau kecik tu makin lama makin besor dari masa ke semasa, maklum sungai tak berhenti mengalir melambakkan tanah lumpur pada pulau. Ada sebuah sauh besor, terbenam dalam lumpor, hujungnya terjuih sikit.Tinggi lagi dari keme bebudak masa tu. Tapi tak terhogehkan sebab besor dan berat. Keme budak budak tak tau sauh apa. Bila tanya orang tua katanya sauh kapei. Ada yang kata sauh kapei terobang. Entah ia entah tidak. Orang tua pun kadang-kadang melawak buleh tahan juga. Tapi kewujudan sauh tu memang betul. Tanya Wahid Mat Tekang.
Tapi sekarang, semenjak belah kuala dibangunkan, usahkan sauh, pulau Che Abit pun tak mandang. Lebuh hilang begitu sahaja. Gamaknya masih ada sauh tu di bawah tambunan pembangunan seberang kuala tu.
Berbalik cerita sauh tu, agaknya pada pendapat mike sauh apa tu sebenornya. Kalau kita kaji susur galur sejarah, memang bot-bot/kapei besor pernah lalu lalang di Sungei Perak terutama untuk kegunaan Sultan dan pembesar negeri Perak. Boleh jadi juga betui sauh kapei terobang masa zaman British menjajah Tanah Melayu dulu. Tapi ada ke bukti kapei terobang ayor pernah landing di situ. Yang tu payah sikit teman nak percaya, tapi labon orang tua dengor je le. Boleh jadi betui sebab Kuala Kangsar dulu bandar terkemuka dan pusat pentadbiran penting British. Koje deme ngaut reta benda Tanah Melayu bawak balik ke British. Taiping ibu negeri masa tu, Kuala kangsar bandar Sultan, ketua negeri. Jadi tak mustahil kalau ada kapei terobang ayor.
Bila pikior balik, pasei apa naik kapei terobang ayor sedangkan kapei terobang darat pun ada. Takkan saja gatei nak tunjuk orang kampung deme ada kapei terobang ayor. Itu le, teman pikior kapei terobang ayor tak berapa nak tepat dikaitkan dengan sauh misteri tu.
Yang agak logik ialah kapei besor punya sauh. Sejarah telah menceritakan bermacam-macam versi tentang negeri Perak. Kisah Bugis menawan Perak, Kisah Daeng Selili mengalahkan lanun lalu menyerahkan kepada Sultan Muzaffar Shah, Kisah pembesar Acheh dan pembesar Bugis berantakan merebut kuasa, dan macam-macam lagi. Apa yang pasti  Kuala Kangsar memang popular satu masa dulu dan jadi pusat pentadbiran penting. Tak mustahil ada kapei besor dulu.
Berbalik sauh misteri tadi, teman tak kisah sangat pasei sejarah sebab kalau kelentong pun sapa yang tau. Fakta yang teman nak cerita ialah:
Perkara: Sauh misteri (tak tau sauh apa) kalau kome ada masa boleh le buat kajian.
Anggaran berat: 100 - 200 kg (teman bebudak masa tu, tak reti anggaran-anggaran ni... agak je)
Anggaran besor: Tinggi 8' , lebor 5' (yang nampak dalam 3', yang lain terbenam dalam lumpor)
Tahun dijumpai: 1980-1983
Saksi: Raduan Norudin, Othman Wahid, Jeffri Din,
Kalau juei Kelin botoi : 200kg x RM1.40 = RM240
Kalau ada nilai sejarah : Mau pergi RM1000

Sekarang memang le dah tak ada, tapi ia pernah dijumpai dan kewujudanya pernah dilihat oleh beberapa orang termasuk teman. Bukan sauh je dah tak ada, Pulau Che Abit pun dah leboh. Kalau tanya bebudak sekarang dimana terletaknya Pulau Che Abit?, nganga deme!.

Sekian, untuk kali ini. Pulau Che Abit dalam kenangan, sauh misteri ditelan zaman....
 
Lebih kurang macam ni le....