22.12.15

KRITIKAN SOSIAL DALAM KARYA CARLOS H. EL RATON


Pengenalan

Kolaj adalah medium terbaik untuk seniman pada masa kini bagi menggambarkan mesej 2 dimensi. Bahawa ada sesuatu yang  mahu disampaikan dari fikirannya kepada penonton. Kolaj adalah gubahan imej dan kita hidup di zaman imej; kita berkomunikasi melalui imej dan otak kita menyesuaikan diri untuk lebih cepat memecahkan kod perlambangan yang ada di dalam karya. Melalui teknologi, kita mempunyai akses yang banyak dan tidak terhad samada imej lama atau baru, biasa atau popular, jauh atau sangat dekat. Zaman ini banyak mesin yang boleh membentuk imej, dalam bentuk digital atau pun analog.



Kolaj juga ibarat gambar mimpi. Ia beroperasi di luar masa dan ruang, tetapi mengekalkan hubungan dengan peristiwa-peristiwa semasa. Saiz dan warna berkhidmat secara optimum untuk menghantar mesej dan tidak atribusi realistik karya seni. Ia menggunakan bahasa perlambangan, yang asal, universal dan tidak mengenal sempadan dan ketaksamaan. Oleh itu, kita mempunyai cara ungkapan seni yang langsung, cepat dan lebih bergantung kepada sensitiviti senimannya, pertimbangan dan estetik dan kurang pada teknik rumit ungkapan itu adalah termasuk dalam aspek tradisional seni halus.
Seorang pelukis kolaj boleh beroperasi pada tahap mental dan, dengan mudah, mengarang dan membentuk semula serpihan realiti bagi mewujudkan imej baru yang menumpukan sepenuhnya kepada mesej. Nilai sebenar kolaj adalah bahawa ia mempunyai keupayaan untuk melatih kemahiran pemikiran kita dengan cara yang tiada bentuk seni yang lain boleh melakukannya. Untuk menjadi seorang artis kolaj besar bermakna bahawa anda adalah seorang pemikir besar. 80 peratus daripada proses seni berlaku hanya dalam fikiran anda sebelum ia dijadikan karya fizikal. Seorang pemikir yang cukup sensitif untuk menilai apa yang penting dan apa yang tidak, yang merupakan seorang pencari apa yang unik yang jarang berlaku dan berbeza, yang merupakan seorang komposer yang memberikan rasa perpaduan kepada semua elemen-elemen yang pelbagai dan, akhirnya, hanya yang bertaraf artis atau seniman yang mampu melaksanakannya.


Carlos H. El Raton

Beliau berusia 42 tahun, berasal dari Mexico. Berhijrah dari negaranya ke merata dunia seperti Jepun, Indonesia, dan juga Malaysia.
Seperti yang diterangkan semasa sesi dialog bersama Carlos di PeRUPA, 20 Disember 2015, kebanyakan karya kolaj yang dihasilkan membawa tema konfrontasi dalam jiwa pelukis. Carlos tidak hanya membina kolajnya sekadar untuk menghasilkan estetika tetapi ingin memaknakan karyanya dari sudut pandangannya sendiri. 80% karyanya yang dipersembahkan memperlihatkan sikap anti Amerika. Sebagai sebuah negara yang banyak kebergantungan ekonomi dari Amerika Syarikat sudah pasti Mexico mengalami banyak tekanan melalui perjanjian NAFTA 1994. Inti perjanjian NAFTA ialah penghapusan cukai terhadap barang-barang AS ke Mexico dan juga penghapusan tarif secara berperingkat oleh Mexico selama 14 tahun.

Tapi kini majoriti rakyat Mexico berasa kesal kerana ia akhirnya memihak kepada negara maju iaitu Amerika Syarikat dan Kanada.
Krisis ekonomi dan juga selingan dari aktiviti dadah dan jenayah mungkin mengakibatkan seniman ini tekad berhijrah. Disamping membawa diri, beliau juga membawa ‘karya’nya. Karya dibawa kemana-mana dalam bentuk ‘belum digam’ yakni belum siap. Saiznya kecil-kecil. Cuma apabila ingin diperjelaskan kepada audien barulah karya dipasang.

 " Petani gembira, penjahat sudah kalah"

" Wajah sebenar wanita"
" Persiapan hijrah "

sila klik CARLOS H. EL RATON: Residen Artis PeRUPA

No comments: