9.11.16

RYO HANA BINTANG DI BALIK AWAN

RYO HANA * BINTANG DI BALIK AWAN
*ada, bersinar tapi tak kelihatan dek dilindung awan


Sdri Rohana, FB Ryo Hana adalah seorang penjawat awam bertugas sebagai Pereka Grafik di RTM. Orangnya agak pendiam, berada dalam dunianya tersendiri. Setiap hari bertugas menyediakan grafik-grafik untuk bahan RTM. Sibuk barangkali dalam tugasan membuat beliau hanya menghabiskan banyak masa dengan pejabat dan setelah berumahtangga mungkin bersama famili, suami dan anak yang baru berusia setahun dua. Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam dunia seni lukis, kerapkali masa lapang digunakan untuk melayan hobi melukis. Teknologi moden sekarang melukis secara digital menggunakan software menjadikan kerja-kerja lukisannya menjadi mantap. Kepakarannya ialah dalam melukis potret digital. Hasil karyanya superb.
Saya harap sdri RYO akan bukukan karya-karyanya untuk tujuan pembelajaran, rekod data, demi pembangunan dunia seni visual. Tak ramai seniman kita yang boleh berkarya dalam digital painting ke arah hyperrealism. Khabarnya koleksi karya lukisannya banyak lagi yang belum dikongsi… wow!